Terengganu taja penghadang besi lebih selamat

oleh Careta.my|
Kerajaan negeri Terengganu membuat keputusan untuk menggantikan penghadang besi yang sedia ada di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) kepada jenis yang lebih selamat bagi mengurangkan risiko kemalangan parah atau yang mengorbankan nyawa. Menurut Rosli Othman, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Terengganu, pihak kerajaan negeri sedang mencari alternatif penghadang jalan yang lebih mesra kenderaan agar kenderaaan tidak tercampak bila menghentam penghadang. Pihak kerajaan negeri telah menghubungi JKR, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan kementerian berkaitan untuk mengenal pasti kawasan sering terjadi kemalangan dan cara menyelesaikannya. east-coast-expressway-phase-2-ece2-highway-map-850x1165 Menurut laporan Harian Metro, empat pengguna terkorban, dua kritikal dan tiga parah dalam kemalangan di LPT 2 di Dungun dan Kemaman sepanjang tempoh dua minggu ini. Rosli turut menambah mereka telah melakukan mesyuarat bersama pemegang konsesi LPT 2, iaitu PLUS untuk membincangkan isu keselamatan di sepanjang lebuhraya tersebut. Menurut Careta, perlu ada cara kajian yang betul sebelum wang dibelanjakan kerana sumber atau punca utama kemalangan mesti diketahui. Keputusan memasang penghadang yang lebih selamat sangat dialu-alukan tetapi Careta mencadangkan kerajaan negeri Terengganu mengkaji perkara-perkara di bawah: Keadaan fizikal lebuhraya

- sekiranya keadaan fizikal yang menyebabkan kemalangan, contohnya beralun atau tidak rata, mungkin lebih baik kawasan itu dibaiki. - sekiranya terlalu mahal untuk dibaiki, pasang AES untuk memperlahankan kenderaan di kawasan tersebut

Kelajuan pengguna

- Kepada sesiapa yang pernah menggunakan LPT 2, kelajuan sesetengah pemandu di sana memang diketahui ramai. - Kempen kesedaran keselamatan jalanraya perlu kerap diadakan dan kerajaan negeri perlu mengambil inisiatif yang ada jika berkemampuan.

Penggunaan talipinggang keledar dan kerusi bayi

- Ini tidak perlu diterangkan lagi tetapi penggunaan tempat duduk kanak-kanak atau bayi sangat rendah di kawasan Pantai Timur

Gunakan khidmat MIROS

- Kerajaan negeri Terengganu boleh memanggil pihak MIROS kerana ia adalah agensi di bawah Kementerian Kerja Raya yang mengkaji punca kemalangan dan cara-cara penyelesaiannya.

- Di Malaysia, hanya MIROS mempunyai kebolehan ala CSI untuk kemalangan trafik. Polis trafik sendiri tidak dilatih selengkap MIROS untuk kes kemalangan jalanraya.

Dan Careta mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana proaktif dalam hal ini. Semoga kerajaan negeri lain mengambil iktibar yang sama. Mungkin Pahang boleh melihat cara-cara mengurangkan risiko kemalangan di Lebuhraya KL-Karak dn LPT 1?
  • Gambar utama dari laman web LPT2.

Add new comment

Careta Ad