Evora 410 Sport lebih ringan, lebih laju

oleh Careta.my|
20161101124204-3c1e7d5f Bagaimana untuk menjadikan Lotus Evora 400 yang laju, lebih laju dari biasa? Mudah: guna bahan binaan yang lebih ringan seperti gentian fiber pada bumbung kereta. Buang perkakas-perkakas yang tidak diperlukan seperti radio dan kerusi duduk belakang. fullsizeoutput_4d3 Walaupun pada sekali imbas, sukar untuk membezakan model 400 dan 410, tetapi sebenarnya perbezaan antara kedua-dua model Lotus ini adalah sangat memuaskan bagi sesiapa yang memandunya. Sama seperti gelaran GT3 pada Porsche 911, atau CS pada BMW M4, “Sport” ialah gelaran yang menandakan sesuatu yang diadakan pada model Lotus yang membuatkan ia lebih tertumpu sebagai suatu kereta sports dari sebelumnya. fullsizeoutput_4d5 Dan juga seperti model-model eksotik lain, Evora 410 Sport ini juga dihias lengkap dengan ruang dalam eksklusif jenis jahitan fabrik Alcantara, suatu fabrik yang terkenal digunakan oleh Lamborghini, Porsche dan Ferrari pada model-model eksotik mereka. fullsizeoutput_4d7 Kerusi duduk 410 Sport berbeza dengan Evora 400, kerana ia diperbuat dari gentian fiber dan Alcantara. Sangat menawan dan sangat ringan. 20161101124209-3925180e 20161101124206-5a222127 Bumbung, tempat tutup ruang enjin dan beberapa bahagian lain juga diperbuat oleh gentian fiber untuk meringankan berat kereta ke 1336 kg. Bentuk beberapa bahagian kereta juga telah diubahsuai bagi memberikan kesan aerodinamik kuat - sekuat 64 kg pada kelajuan tertentu -  untuk memastikan tahap cengkaman permukaan yang optimal pada kelajuan tinggi untuk pengendailan yang mantap. 20161101124204-ed3f4a5e Enjin yang digunakan adalah sama seperti pada Evora 400, iaitu 3.5-liter 24V V6 dengan supercharger Edelbrock yang memberikan kuasa 410 bhp pada 7000 rpm dan 420 Nm pada 3500 rpm. Jika difaktorkan dengan berat badan yang berkurangan (70 kg lebih ringan dari Evora 400), Evora 410 Sport ini berupaya menghasilkan sebanyak 323 bhp satu tan sebagai ratio kuasa berbanding berat. 20161101124208-11074232 Masa pecutan 0-100 km/j juga berkurang: 3.9 saat (gear auto), 4.0 saat (gear manual). Kelajuan tertingginya juga mampu mencapai sehingga 305 km/j. Apabila dibanding dengan Evora 400 di litar ujian Lotus, Evora 410 Sport 3 saat lebih laju sekali pusingan litar. Menakjubkan. fullsizeoutput_4d9 Sekarang anda juga boleh memilikinya. Harganya ialah RM 640,999 (gear manual) dan RM651,999 (gear automatik). Pergilah ke bilik pameran Lotus Cars di 2806, Jalan Damansara untuk menguji pandu.

Add new comment

Careta Ad