Lotus paling laju kini dijual di Malaysia

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Masalah paling besar untuk supercar ialah harganya yang terlalu mahal. Memang, ia memberikan prestasi yang sangat menakjubkan - halaju yang tinggi, kadar pecutan yang pantas dan pengendalian seperti harimau bintang tetapi sekiranya ia berharga jutaan Ringgit, ramai pemilik lebih selesa memandunya ke kedai kopi mahal di siang hari atau tampil di majlis reunion sekolah. Mungkin sekali sekala mereka akan memecut supercar mereka di atas lebuhraya. IMG_1537 Lotus nampaknya memahami masalah itu dan kerana itu, Lotus 3-Eleven dihasilkan. Model jalanan (road car) paling laju dari Hethel ini memberikan prestasi yang bagus. Mari kita sama-sama kaji spesifikasi Lotus 3-Eleven ini. Lotus 3-Eleven Road Version
  • Pecutan 0-100 kmsj: 3.4 saat
  • Halaju maksimum: 280 kmsj
  • Kuasa maksimum: 410 hp @ 7,000 rpm
  • Tork maksimum: 410 Nm antara 3,000 - 7,000 rpm
  • Tork maksimum: 525 Nm antara 3,500 rpm
  • Downforce: 65 kg pada 160 kmsj; 150 kg pada 240 kmsj
Lotus 3-Eleven Race Version
  • Pecutan 0-100 kmsj: 3.0 saat
  • Halaju maksimum: 290 kmsj
  • Kuasa maksimum: 460 hp @ 7,000 rpm
  • Tork maksimum: 525 Nm antara 3,500 rpm
  • Downforce: 95 kg pada 160 kmsj; 215 kg pada 240 kmsj
IMG_1616   Enjin V6 3.5 liter memang diambil asalnya dari Toyota tetapi ia telah ditala oleh jurutera Lotus dan ditambah dengan unit supercharger dari Edelbrock, intercooler terbina dari dalam dan flywheel jenis intertia rendah. Sekiranya anda sudah memandu mana-mana Lotus dengan enjin ini dan lengkap dengan supercharger, kami pasti anda tidak akan percaya ia asalnya enjin Toyota Camry di US atau di Mekah. [gallery columns="2" size="large" ids="29168,29171"] Transmisi yang digunakan hanyalah transmisi jenis jantan - manual sahaja. Ia adalah dari varian Sports Manual dengan 6-kelajuan dan oil-cooler, lengkap dipasang dengan Torsen Type Limited Slip-Diff. Sistem gantungan depan dan belakang ialah dari jenis fully independent wishbone dengan penyerap hentak boleh laras dari Ohlins serta pegas spring dari Eibach. Roda aloi pula ialah forged light weight aluminium saiz 18 inci (depan) dan 19-inci (belakang). IMG_1617 Tidak ada gunanya kelajuan jika ia tidak boleh berhenti untuk mengambil selekoh (kecuali anda lebih meminati sukan jalan terus - drag). Untuk itu, Lotus 3-Eleven menggunakan brek AP Racing dengan 4-angkup dan cakera bersaiz 332 mm depan dan belakang serta sistem ABS elektronik Bosch talaan Lotus. [gallery columns="2" size="large" ids="29162,29165"] Bahagian kabin memang terbuka dan sebenarnya, ia datang dengan sebuah tempat duduk sahaja. Tempat duduk penumpang ialah optional (wajib kepada yang beristeri, atau mungkin tidak kerana isteri tahu anda hanya boleh menaikinya seorang diri, hmmm...). IMG_1613 Stereng tanpa beg udara boleh dibuka (quick release) untuk memudahkan pemandu yang bertubuh sasa seperti penulis keluar dan masuk. Kerana ia tiada pintu, anda perlu memanjat dan berdiri di atas tempat duduk dan melangkah keluar. Pasti kecoh jika si buah hati memakai mini-skirt. Paparan panel meter ialah dari jenis skrin LCD sepenuhnya, ala Formula Satu. Terang dan mempunyai empat mukasurat penuh dengan informasi, anda boleh mengetahui segala maklumat mengenai kenderaan anda dari skrin itu. IMG_1519 Menurut ketua Lotus Cars Malaysia, YM Tengku Djan Ley, Lotus 3-Eleven dibina hanya untuk mereka yang benar-benar menikmati erti pemanduan. Ia tidak perlu ke litar untuk menikmati keseronokannya kerana pemilik kereta yang dilancarkan ini, Jefry Talib, telah memandu sejauh 1,000 km dengan Lotus 3-Eleven kuningnya ini dan tidak ada satu kilometer pun yang dilakukan di litar perlumbaan. Kebanyakannya ialah ke jalan-jalan persekutuan yang penuh dengan selekoh-selekoh menggiurkan. IMG_1541 Akhir sekali, kepada yang belum faham kenapa kereta sport tidak berbumbung atau berpintu ini direka dan harganya sangat mahal (bermula dari RM640,855 untuk Road Version dan RM868,214 untuk Race Version), kami akan adakan artikel kereta sesuai untuk ke pasar kelak.