Diskaun 50 peratus untuk kit aero Tomei X-Trail

oleh Careta.my|
Untuk pemilik Nissan X-Trail model terkini yang mengetap bibir kerana terlepas peluang membeli X-Trail Aero, jangan khuatir. Kami telah menghubungi Edaran Tan Chong Motor dan rakan kami di sana memberitahu bahawa ada promosi untuk aero kit Tomei bagi X-Trail. [gallery size="large" columns="2" ids="29135,29133"] Harga sebenar aero kit itu ialah RM3,500 (bodykit empat keping termasuk kit aero bamper hadapan dan belakang dan sisi) tetapi ETCM mengadakan promosi separuh harga atau 50 peratus untuk kit itu, menjadikan harganya kini cuma RM1,750 (tanpa GST). Hubungi 03-4047 8786 atau hantar emel ke [email protected] jika anda berminat. Jangan biarkan X-Trail standard anda serupa dengan X-Trail makcik di sebelah rumah! [gallery columns="2" size="large" ids="29129,29138"]

Add new comment

Careta Ad