Haval - jenama SUV paling berkuasa di dunia oleh Brand Finance

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Haval muncul sebagai jenama SUV paling berkuasa (Most Powerful SUV Brand) untuk tahun 2017. Anugerah itu diberikan oleh Brand Finance, sebuah syarikat perunding antarabangsa yang berpengkalan di London. [gallery columns="2" size="large" ids="29090,29091"] Menurut David Haigh, CEO untuk Brand Finance, syarikat beliau melakukan penilaian jenama melalui cara Royalty Relief. Ia bermaksud penilaian dilakukan berdasarkan jumlah jualan yang bakal dilakukan dalam tahun seterusnya dan mengira jumlah bayaran royalti jika jenama tersebut hendak digunapakai. “Mengikut kajian Auto 100 2017, kami mendapati genre SUV mempunyai kadar pertumbuhan tercepat di dalam industri automotif. Jualan SUV dunia berkembang sebanyak 33 peratus setahun, berbanding 2.3 peratus untuk genre kereta biasa,” terang Haigh. Haval H9 R&D-4 “Haval dinilaikan pada USD $3 billion dan ia melihat kenaikan jualan sebanyak 40 peratus dari segi nilai jenama dalam tahun 2016.” “Kami jangkakan Haval akan terus berkembang pesat,” tambah Haigh. Di bawah ialah jumlah mata terkumpul untuk lima jenama SUV paling berkuasa di dunia oleh Brand Finance.
  • Haval - 77.4
  • Jeep - 77.3
  • Mahindra - 75.7
  • Land Rover - 75.6
  • SsangYong - 63.8
Untuk lima jenama SUV paling berharga 2017 pula, di bawah ialah senarai dan nilainya.
  • Land Rover - USD$ 7,199 juta
  • Haval - USD$ 3,017 juta
  • Mahindra - USD$ 2,076 juta
  • Jeep - USD$ 1,654 juta
  • SsangYong - USD $527 juta