Perodua membuka pusat penjualan di Kota Semarahan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Perodua telah melantik MD Worlds Sdn Bhd, sebagai pengedar terbaharunya di Sarawak dengan pembukaan pusat penjualan di Kota Semarahan. Ini menandakan pusat penjualan Perodua yang ke-199 diseluruh negara. “Pasaran Malaysia Timur memang menjadi pasaran penting bagi kami kerana terdapat banyak potensi untuk di terokai, lebih lagi dengan projek-projek yang dirancang oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri,” jelas Pengurus Pemasaran Perodua Sales, Dato’ Dr. Zahari Husin. Ia telah di buka dengan rasminya oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan di saksikan oleh Pengarah Urusan MD Motors, Freddy Numan Lawan. IMG-20170429-WA0003 Menurut Dato’ Dr. Zahari, MD Worlds di pilih kerana pengalaman mendalam pada industri automotif dan juga pengetahuan pasarannya di negeri itu. Pada suku pertama 2017, Perodua telah mencapai penjualan 50,300 kenderaan, yang dimana hanya 5% datang dari Malaysia Timur. “Kami sedang mencari jalan untuk menambah kadar jualan dengan meningkatkan operasi penjualan serta mengembangkan operasi kami bersama rakan kongsi seperti MD Worlds,” tambah Dr Zahari. Menurut Freddy pula, MD Worlds berbangga untuk menjadi sebahagian dari keluarga Perodua. “Perodua telah menetapkan standard tinggi untuk sesiapa yang mahu menjadi pengedarnya. Oleh itu kami amat bersukacita untuk menjadi sebahagian dari keluarga Perodua,” kata Freddy.