Petronas besarkan kilang pelincir di China

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Petronas Lubricants International (PLI), anak syarikat milik Petronas telah memulakan operasi di kilang minyak pelincir mereka di Shandong, China yang telah mengalami proses penambah-baikan. Projek pembesaran yang dilakukan secara berfasa itu. Menurut Presiden dan CEO Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, fasa kedua penambah-baikan kilang di Shendong itu menambahkan kapasiti pengeluaran untuk memenuhi permintaan produk Petronas yang semakin meningkat. Petronas telah melaburkan sejumlah RM384 juta (RMB600 juta) untuk menambahkan saiz keluasan kilang tersebut kepada 21,000 meter persegi. Kilang tersebut kini lengkap dengan paip pencampuran automatik dan juga tangki storan tambahan. Pengeluaran kilang itu juga akan meningkat dari 45,000 tan kepada 150,000 tan, dan merangkumi produk-produk seperti pelincir kenderaan, cecair anti-beku, pelincir industri dan minyak gris. Gudang untuk kilang tersebut turut diperluaskan agar mampu meningkatkan kapasiti penyimpanan stok untuk pasaran domestik China dan eksport. 1493525978_Picture_2