Retro Gathering 2017 pecah rekod!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Perhimpunan motosikal retro terbesar di Malaysia kembali lagi di Dataran Morib, Selangor pada 29 dan 30 April lepas. Kali ini sebanyak 5,084 motosikal telah mendaftarkan kehadiran mereka, sekaligus mencatat rekod himpunan motosikal retro terbesar setakat ini untuk disahkan penyenaraiannya dalam buku rekod malaysia Book Of Records bagi tahun 2017. IMG_5847 Pelbagai kumpulan motosikal telah menghadiri perhinpunan kali ini yang rata rata terdiri dari pemilik motosikal era 70an - 90an dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.  Cuaca begitu nyaman walaupun panas, namun tidak menjadi halangan kepada para pemilik motosikal retro dari pelbagai jenis dan jenama untuk bersama-sama berkonvoi ke Dataran Morib hujung minggu lalu untuk acara Karnival Retromania 2017. IMG_4739 Perhimpunan tahunan pemilik motosikal retro dari seluruh Malaysia ini seperti biasa telah mendapat sokongan Majlis Daerah Kuala Langat dengan kerjasama daripada Polis Di Raja Malaysia yang telah membantu pihak penganjur untuk menangani kehadiran ribuan motosikal seperti apa yang berlaku dalam acara sama tahun lalu. IMG_5853 Seperti yang dijangkakan ribuan motosikal telah hadir untuk acara meriah ini jauh melebihi angka 5,084 motosikal retro yang berdaftar kali ini.  Mereka datang dari seluruh pelusuk negara termasuk wakil dari Singapura bagi memeriahkan acara yang saban tahun disifatkan sebagai antara perhimpunan terbesar yang pernah direkodkan di Malaysia. Pesta Retromania ini turut dimeriahkan dengan gerai gerai dari kelab kelab dan juga penjual motosikal retro yang diimpot, serta barangan berkaitan motosikal. Yang menariknya terdapak juga jualan barangan dan alatganti motosikal retro yang amat bersesuaian dengan tema perhimpunan ini, yang menyediakan platform untuk para pemilik motosikal retro bagi mendapatkan alatganti yang sukar didapati untuk motosikal kesayangan mereka.   retromania sticker Acara ini sememangnya satu acara motosikal tempatan yang tidak boleh dilepaskan oleh mereka yang benar-benar berjiwa ‘bikers’. Kehadiran ribuan model motosikal retro ini memang menggamit nostalgia kebanyakan mereka yang mengingati jentera jentera ini di zaman kanak kanak ataupun sewaktu muda dahulu. Tahun ini pihak penganjur memberikan penghormatan pemtas utama kepada jenama Kawasaki, dengan memaparkan beberapa model motosikal yang sudah amat jarang kelihatan di jalanraya Malaysia hari ini. Antara model yang kelihatan ialah Kawasaki Voyager XII, ZX-10, ZZR 1100, pelbagai model GPZ termasuklah GPZ900 'Top Gun', GTO, AR 80, AR125, KR 150, KE 125 dan juga MAX100 yang pernah digunakan Pos Malaysia satu ketika dahulu. IMG_5867  IMG_5868  IMG_5869  IMG_5870 IMG_5871 Jenama lain yang turut hadir adalah seperti Yamaha dengan barisan RD, RDLC, RX, RXS, RXK, RXZ, DLC, RD, YB, TZR, TZM, dan Tenere, Suzuki dengan model model GSXR 1100, GP, Panther TXR, Gamma, GS550, GS1000, GT250, TS100, TS 125, TS250,  GSX250, X7, Katana & TRS dan juga model model GP yang juga disebut sebagai 'Jipang'. Honda juga tidak ketinggalan diwakili oleh ratusan C70, C70GBO, C70GBOJ, Raider, MBX, NSR, Gold Wing GL1500 di antaranya, begitu juga dengan pelbagai jenama lain yang jarang lagi kelihatan seperti Cagiva. IMG_5862 Kami sajikan anda dengan ratusan gambar yang akan berbicara sebagai halwa mata.   [gallery ids="28882,28883,28884,28885,28886,28887,28888,28889,28890,28891,28892,28893,28894,28895,28896,28897,28898,28899,28900,28901,28902,28903,28904,28905,28906,28907,28908,28909,28910,28911,28912,28913,28914,28915,28916,28917,28918,28919,28920,28921,28922,28923,28924,28925,28926,28927,28928,28929,28930,28931,28932,28933,28934,28935,28936,28937,28938,28939,28940,28941,28942,28943,28944,28945,28946,28947,28948,28949,28950,28951,28952,28953,28954,28955,28956,28957,28958,28959,28960,28962,28963,28964,28965,28966,28967,28968,28969,28970,28971,28972,28973,28974,28975,28976,28977,28978,28979,28980,28981,28982,28983,28993,28994,28995,28996,28997,28998,28999,29000,29001,29002,29003,29004,29005,29006,29007,29008,29009,29010,29011,29012,29013,29014,29015,29016,29017,29018"]