5 jiwa terkorban - Pemilik kenderaan Honda tahun 2001 - 2013 digesa beri perhatian serius!

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kes melibatkan peledak beg udara bahagian pemandu dan penumpang buatan Takata yang dipasangkan dalam kenderaan Honda sudah pun mengakibatkan kehilangan 5 jiwa di Malaysia dan 15 secara keseluruhan di seluruh dunia.

Kes ini begitu serius hingga puluhan juta kenderan pelbagai jenama di seluruh dunia dipanggil semula bagi mengantikan beg udara yang terjejas. Honda Malaysia turut terlibat dan mengambil tanggung jawab tentang hal ini. Panggilan pertama telah dibuat pada 14 November 2014 dan selepas itu pelbagai hebahan dan aktiviti penggantian dilakukan bermula daripada hab penukaran khusus, pusat jualan kenderaan terpakai hingga ke rumah pelanggan itu sendiri. Diakui pada permulaan panggilan semula, Honda Malaysia mempunyai masalah stok modul beg udara Takata memandangkan panggilan ini turut melibatkan pasaran global. Namun kini Honda Malaysia sudah pun bersedia dengan alat ganti yang diperlukan. Jika anda memiliki dan mengenali individu model kenderaan seperti di bawah, sila hubungi Honda untuk membuat penggantian beg udara bahagian pemandu dan penumpang dengan segera:

 Honda Malaysia Airbag Recall April 2017

Senarai tahun di atas mengikut model dan tahun pengeluaran atau produksi.

Jika diamati, panggilan semula ini melibatkan hampir kesemua model Honda yang jumlah keseluruhannya sudah menjangkau ratusan ribu unit. Jadi tidak hairanlah apabila Honda Malaysia begitu serius dalam panggilan semula dan tidak duduk diam menunggu pelanggan datang ke pusat servis sahaja. Aktiviti penggantian modul beg udara ini sangat penting dan kritikal, sekali lagi diingatkan ia sudah pun menyebabkan kematian lima mangsa di Malaysia. Bagaimana beg udara ini boleh mencederakan atau membunuh pemandu dan penumpang? Beg udara sudah terbukti sebagai alat keselamatan yang dapat melindungi pemandu dan penumpang malah ia telah menjadi kewajipan undang-undang di kebanyakan negara di dunia. Beg udara Takata yang tersimpan dalam stereng dan papan pemuka terdiri daripada beberapa komponen. Dalam kes ini, apabila terjadinya pelanggaran, beg udara yang tersimpan akan meledak dan sewaktu ia dilepaskan, besi pada beg udara tersebut akan turut ‘terbang’ sekali. Malang tidak berbau, besi yang dilepaskan dengan beg udara boleh mengenai mangsa dan seterusnya mendatangkan kecederaan atau kematian. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah yang menghantui pengeluar dan pengguna seluruh dunia, Takata selaku pembekal beg udara telah merekabentuk semula dan perlu menggantikan kesemua modul beg udara yang terlibat. Komponen itu tidak boleh digantikan di mana-mana kedai aksesori atau bengkel biasa kerana ia melibatkan modul beg udara tulen dan baharu.

3. Honda technician replacing a Takata driver front airbag inflator

Modul beg udara lama ditanggalkan seterusnya ia dipasang semula dengan set baharu oleh juruteknik terlatih Honda dipelbagai lokasi penukaran yang telah disediakan oleh pengeluar itu. Buat pemilik kenderaan Honda dari tahun 2001 hingga 2013, anda perlu memberikan pehatian serius tentang hal ini dan di antara perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menyemak dengan Honda Malaysia. Untuk tujuan itu, pemilik boleh melayari productrecall.honda.com.my atau hubungi Honda di talian Tol Percuma 1800 88 2020 atau mengunjungi mana-mana 88 pengedar sah Honda di seluruh negara.

2. Honda Malaysia Mobile Hub for Takata front airbag replacement activities

Data yang diperlukan untuk pemeriksaan ialah nombor casis yang boleh didapati di beberapa lokasi seperti geran kenderaan, ambang pintu sebelah penumpang atau ruang enjin. Sesudah memasukkan nombor casis, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan. Mengikut amalan biasa, Honda Malaysia akan membuat penyelarasan daripada segi stok dan masa penukaran beg udara sebelum anda berkunjung ke tempat yang ditetapkan. Penulis: Muhammad Md Tajudin