Memilih kereta bukan setakat bayar dan beli – Ini khidmat lengkap yang ditawarkan UMW Toyota

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Membeli kereta bukan setakat berkunjung ke bilik pameran, memilih model yang dihajati dan seterusnya membuat proses pembelian. Ia tidak terhenti setakat itu kerana memiliki kenderaan adalah pelaburan kedua terbesar dalam kehidupan seseorang selepas kediaman. Bukan setakat melibatkan jumlah yang besar tetapi juga tempoh yang lama. Menyedari hakikat itu, boleh dilihat rata-rata pengeluar kini melabur jumlah yang besar bagi memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman pemilikan terbaik selepas pembelian dibuat. Ia ibarat kontrak 'tidak nampak' di antara pembeli dan pengeluar.

logo 1

Jadi tidak hairanlah jika anda melihat kebanyakan pengeluar kini membina pusat sehenti sebesar padang bola yang menawarkan pelbagai khidmat di bawah satu bumbung. Salah satu contoh pengeluar seperti itu ialah UMW Toyota Motor yang menawarkan khidmat komprehensif dari pembelian hingga jualan semula. Iya, dari hari pertama anda meninjau-ninjau di bilik pameran hinggalah anda menyerah kunci kepada pembeli seterusnya. Waranti lima tahun – Sah untuk pemilik seterusnya

Toyota-5YEARS-Warranty

Menyedari hakikat bahawa pemilikan sesebuah kenderaan memakan sehingga bertahun lamanya, UMW Toyota Motor memberikan tempoh waranti selama lima tahun. Dalam tempoh tersebut, pelbagai perkara boleh berlaku dan jika ada apa-apa masalah, pemilik boleh membawa kenderaan Toyota ke pusat servis bertauliah untuk pemeriksaan lanjut. Jika kerosakan itu bukan berpunca daripada pemilik sendiri, UMW Toyota akan menanggung segala kos alat ganti dan buruh yang terlibat. Lebih menarik, jika pemilik berhasrat untuk menjual kenderaan Toyota mereka, waranti tersebut masih lagi terpakai untuk pemilik seterusnya asalkan ia masih lagi berusia lima tahun dari tarikh pendaftaran pertama. Ini bermakna, nilai jualan semula kenderaan Toyota akan menjadi lebih menarik dan sememangnya terakui bahawa susut nilai jenama dari Jepun itu antara yang terbaik di pasaran sebelum pakej waranti lima tahun ini diperkenalkan oleh UMW Toyota lagi. Toyota 24Seven Road Assist – Khidmat bantuan tepi jalan tanpa mengira waktu dan lokasi

seven-road-mobile-banner

Satu khidmat lagi yang memberi ketenangan minda kepada pemilik Toyota ialah khidmat 24Seven Road Assist. Di antara perkara yang merisaukan jika memandu kenderaan ialah apabila ia rosak secara tiba-tiba dan lebih parah entah di ceruk mana atau sewaktu embun hinggap di daun-daun tumbuhan. Jika ini berlaku, usah panik, hubungi pusat bantuan Toyota dan mereka akan menghantar khidmat bantuan tepat ke lokasi kereta anda. Jika perlu, kenderaan anda akan ditunda dan khidmat yang ditawarkan UMW Toyota ini bermula daripada tayar pancit, kereta yang gagal untuk dihidupkan atau terlibat dalam kemalangan. Khidmat pembaikan kemalangan beserta waranti setahun untuk alat ganti yang tulen BodyandPaint Bercakap mengenai kemalangan (semoga kita dihindari), UMW Toyota turut mempunyai pusat pembaikan badan dan cat untuk membaik pulih harta berharga milik anda secara profesional dan semestinya menggunakan alat ganti tulen. Alat ganti yang digunakan itu pula mempunyai waranti selama setahun. Terdapat sejumlah pusat servis bertauliah Toyota di seluruh negara dan ini akan memudahkan pemilik Toyota untuk mendapatkan khidmat servis berkala atau pembaikan besar. Aksesori tulen – Tampil berbeza daripada yang lain [gallery columns="2" size="full" ids="28856,28857"] Selain daripada itu, kenderaan Toyota memang laris dan popular. Bila dah parkir sebaris nampak serupa, cuma yang membezakan adalah nombor pendaftaran dan warna. Kadang-kala warna pun sama dan tidak hairan terdapat kes penumpang salah masuk kereta dan terpinga-pinga melihat pemandu yang tidak dikenali berada di sebelah. Oleh itu, untuk memberikan sedikit perbezaan dan tampil lebih menarik, pilih sahaja aksesori tambahan seperti kit TRD yang tampak garang dan kemas melekap di badan kereta Toyota anda. Jika masih lagi tidak dapat mengecam kenderaan anda, sebutlah dalam hati bahawa anda telah membuat pilihan yang betul apabila memilih jenama yang popular. Pusat jualan Topmark – Beli daripada Toyota, jual kepada Toyota termasuk model kenderaan lain shop_photo_1373198252 Katalah anda berhasrat untuk memiliki kereta baharu dan ingin menjual kenderaan Toyota sedia ada atau model kenderaan selain Toyota . UMW turut mempunyai pusat jualan kenderaan terpakai yang dikenali sebagai TopMark. Proses jualan ini boleh dilakukan sendiri (mengikut pengalaman peribadi) tetapi TopMark boleh melicinkan lagi urusan anda di mana mereka akan memberi sebut harga dan juga memeriksa baki pinjaman jika masih ada dengan pusat kewangan. TopMark bukan sahaja lokasi untuk menjual tetapi juga pusat untuk mendapatkan kereta Toyota terpakai atau jenama dan model kenderaan lain . Di TopMark, kenderaan diperiksa secara menyeluruh dan lebih menarik ia didatangkan dengan waranti selama setahun dan pakej itu jarang ditawarkan pusat jualan kenderaan terpakai. Aplikasi Toyota Drive – Kemudahan di hujung jari

toyota-drive-mobile-apps

Sekarang ini boleh dikatakan kita hidup di dunia digital. Banyak fungsi fizikal telah diringkaskan dalam bentuk digital sahaja sehinggakan barangan yang dipesan terus dihantar ke pintu rumah, pejabat atau pintu hati seseorang. Menyedari trend itu, UMW Toyota Motor juga ada menyediakan aplikasi digital yang boleh dimuat turun dari sistem operasi iOS dan Android. Di bawah ialah fungsi yang terdapat pada aplikasi Toyota Drive:
  • Service Appointments - Membuat temu janji servis
  • 24Seven Road Assist - Memohon bantuan jalan raya
  • Service Packages - Tinjauan pakej servis
  • Outlet Locator - Lokasi outlet Toyota terdekat
  • Makluman tawaran terbaru dari Toyota
  [gallery size="full" ids="28864,28863,28865"] [gallery size="full" ids="28868,28869,28866"] Sebagai tambahan, pemilik yang berdaftar dengan Toyota Drive juga dapat mengakses rekod servis, tip penjagaan kereta Toyota milik mereka dan melawat rangkaian media sosial Toyota. Kesimpulan Akhir sekali, seperti yang dicatat dalam permulaan artikel ini, pembelian kereta adalah di antara pelaburan terbesar dalam kehidupan seseorang. Kita tidak mahu kereta yang menambah masalah semasa komitmen puluhan ribu dilaburkan dan sebagai manusia, kita sukar untuk menjangkakan kerumitan yang akan tiba. Untuk itu, kita boleh berusaha dengan memilih pengeluar berpengalaman yang dapat memberikan ketenangan minda dan UMW Toyota adalah salah satu syarikat dengan khidmat seumpamanya. 4C_Toyota Care Logo - Horizontal