Mitsubishi L200 Project Swarm - 1 unit sahaja di dunia sempena episod khas Top Gear

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Sebelum ini kami ada paparkan berita mengenai Mitsubishi L200 (Triton) Barbarian SVP yang dikeluarkan sebanyak 250 unit sahaja di United Kingdom. Ini ada sebuah lagi edisi super mega hyper terhad iaitu Mitsubishi L200 Project Swarm. Sebanyak seunit sahaja model itu dikeluarkan dan Mitsubishi Motors UK akan mempamerkannya bersama majalah Top Gear sempena Pameran Kenderaan Komersil yang bakal berlangsung di Birmingham dari 25 hingga 27 April depan. Projek ini sebenarnya adalah rahsia dan ia dibina mengikut spesifikasi pre-runner iaitu kenderaan yang diubahsuai khusus untuk melalui peringkat perlumbaan off-road di pergunungan pasir sebelum acara sebenar bermula. Top Gear tidak asing dengan idea luar biasa dan projek ini sebenarnya diusahakan oleh Editor Bersekutu majalah Top Gear, Tom Ford dan Ralph Hosier daripada RH Engineer. Ralph bukan individu asing dalam penyiaran kerana hasil kerja beliau turut terbit dalam rancangan Supercar Megabuild di saluran National Geographic. Lebih menarik, pikap tersebut bukanlah milik Tom Ford atau Top Gear, ia sebenarnya adalah kenderaan pandu uji kepunyaan Mitsubishi. Berikut ialah modifikasi yang didedahkan kepada umum:
  • Kerusi lumba Cobra
  • Rangka keselamatan luar
  • Suspensi yang diubahsuai
  • Roda dengan tayar mengembung sendiri (self inflate)
  • Lampu LED dengan pencahayaan jarak jauh

L200 Barbarian Top Gear 2017.02

Perancangan Top Gear ialah untuk menggunakan pikap itu dalam satu cabaran istimewa yang akan diterbitkan dalam medium penyiaran milik mereka. Mengulas mengenai pikap Project Swarm, Tom Ford berkata "Saya sentiasa obses dengan kenderaan Pre-runners dan ini adalah idea saya tentang sebuah pikap padang pasir yang sempurna. Ia masih lagi sebuah L200 tetapi dibina supaya dapat beraksi lasak dan tidak rosak. Ia tampil seperti apa yang saya mahukan - nampak seperti kereta permainan Hot Wheels dan lasak!" Satu lagi perkara menarik tentang pikap ini ialah Mitsubishi sebenarnya mengeluarkan L200 Barbarian SVP selepas mereka terinspirasi dengan Projek Swarm ini! Penulis: Muhammad Md Tajudin