Lesen motosikal - patut dimudahkan lagi

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Baru-baru ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) mengumumkan kempen memudahkan pengambilan lesen motosikal kelas B2 (motosikal tidak melebihi 250 cc) dengan kos RM100. Kempen yang dilakukan di bawah program MyPrihatin menawarkan mereka yang layak untuk mengambil ujian lesen menunggang dengan kos lebih mampu milik berbanding dengan kadar biasa RM360. Terdahulu, JPJ melaporkan bahawa seramai 3.5 juta penunggang motosikal berusia dari 16 tahun ke atas tidak mempunyai lesen yang sah. [caption id="attachment_28549" align="aligncenter" width="620"]Gambar dari mynewshub Gambar dari mynewshub[/caption] Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (gambar di atas), tujuan kempen tersebut ialah untuk membantu mereka yang berada di dalam Kelompok B40 (warganegara yang mempunyai pendapatan isi rumah 40 peratus terendah, iaitu di bawah RM3,855 sebulan). Kempen perintis itu dimulakan di Wilayah Persekutuan dan bakal diperkenalkan di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak. Menurut Johari, langkah tersebut membolehkan golongan sasaran untuk mendapatkan pekerjaan yang memerlukan motosikal, seperti penghantar makanan segera. KFC bike Pihak editorial Careta merasakan ia adalah satu langkah yang positif dan mampu membantu golongan sasar untuk menambahkan pendapatan mereka, terutama mereka yang tergolong sebagai miskin urban. Namun begitu, isu ini sebenarnya sudah lama dibincangkan dan konsep pendekatan yang digunakan lari dari tujuan lain yang jauh lebih penting. Di bawah ialah antara komen Careta mengenai isu ini. Ia patut dilaksanakan atas dasar perlindungan pengguna

Fasiliti kemudahan lesen kenderaan sepatutnya dimudahkan bukan atas dasar menangani kemiskinan sahaja tetapi lebih kepada faktor mereka yang memandu/menunggang tanpa lesen tidak akan mendapat perlindungan insurans.  

Jika pemandu dan penunggang tidak mempunyai perlindungan insurans, ini menyukarkan mereka atau mangsa lain yang terbabit di dalam kemalangan untuk mendapat ganti rugi.

Jika isu ini menggunakan dasar kepentingan pengguna, ia pasti sudah lama dijalankan.

Ia patut dibuka kepada semua golongan

Pengguna jalanraya terdiri dari semua golongan dan bukan hanya dari mereka di dalam kelompok B40.

Kerana itu, dasar perlesenan membawa kenderaan yang lebih terbuka dan lebih mudah harus dilakukan agar semua mendapat perlindungan insurans.

Industri insurans patut dipertingkatkan

Sekiranya lesen dipermudahkan, produk insurans pula perlu diperbaiki dan diubah untuk "mendenda" mereka yang mempunyai rekod jalanraya yang buruk.

Contohnya sekiranya mereka mempunyai mata demerit Kejara yang tinggi, premium insurans akan ditingkatkan.

Ini akan mendidik pengguna agar lebih prihatin dan berhati-hati di jalanraya.

Ia tidak patut dijadikan gula-gula ahli politik

Kepentingan pengguna bukan satu isu politik dan patut diseragamkan.

Lebih ramai penduduk di kawasan pantai timur yang tidak mempunyai lesen menunggang dan mereka ini tidak mendapat perlindungan insurans.