Isu biodiesel - Indonesia tidak tunggu industri

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Kementerian Energi Dan Sumber Daya Mineral Indonesia nampaknya tidak menunggu kata sepakat semua pemain di dalam sektor auotmotif sebelum mereka memperkenalkan bahan bakar biodiesel B20 pada Januari tahun lalu. [caption id="attachment_28537" align="aligncenter" width="620"]Drs Sudjoko Harsono Adi (kiri) bersama Dr Harrison Lau, Ketua Penyelidikan Biofuel MPOB. Drs Sudjoko Harsono Adi (kiri) bersama Dr Harrison Lau, Ketua Penyelidikan Biofuel MPOB.[/caption] Menurut Drs Sudjoko Harsono Adi, Pengarah Bioenergi, pihak Kementerian sudahpun mengumumkan pelan biodiesel negara itu seawal tahun 2006. Biodiesel kemudian diperkenalkan secara mandatori pada tahun 2009 dengan pelancaran B2.5 dan kemudian dinaikkan ke B7.5. Pada tahun 2014, Indonesia mewajibkan penggunaan bahan bakar diesel B10 dan pada Januari 2016, ia mewajibkan penggunaan diesel B20. MPOB 3 Indo 1   Careta menghadiri sesi taklimat implementasi diesel B20 di Indonesi yang berlangsung tadi di ibukota Jakarta. Ia adalah sebahagian dari inisiatif Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam usaha untuk meneruskan lagi penjelasan dalam proses pertukaran bahan bakar diesel negara dari diesel B7 (tujuh peratus kelapa sawit) kepada diesel B10 (10 peratus kelapa sawit). MPOB 4 Menurut Hudha Wijayanto (gambar di atas), Ketua Bahagian Pelayanan Usaha Bioenergi, kerajaan Indonesia melancarkan terus penggunaan diesel B20 secara mandatori setelah melakukan perbincangan dengan Gaikindo, persatuan automotif Indonesia. "Sememangnya ada lagi ujian yang belum habis dilakukan tetapi inisiatif diesel B20 diteruskan juga pada Januari 2016," terang Hudha. "Sehingga kini masih ada ujian B20 yang dilakukan, walaupun sudah lebih setahun diwajibkan." MPOB Slides Indo 2 Careta juga diberitahu bahawa setakat ini tidak ada masalah mengenai waranti oleh pengedar-pengedar kenderaan diesel di Indonesia. Indonesia masih lagi menawarkan bahan bakar diesel tulen tanpa campuran sebarang bahan bio. [caption id="attachment_28543" align="aligncenter" width="750"]Pertamina atau Perusahaan Pertambangan Minyak dan Gas Bumi Negara ialah syarikat minyak milik kerajaan Indonesia. Pertamina atau Perusahaan Pertambangan Minyak dan Gas Bumi Negara ialah syarikat minyak milik kerajaan Indonesia.[/caption] Diesel tulen yang dijual oleh Pertamina di bawah jenama Pertamina DEX (Diesel Enviromenta Extra) atau Pertadex di stesen-stesen terpilih. Ini ialah kerana ia digunakan oleh kenderaan-kenderaan yang menggunakan enjin diesel modern, terutama oleh jenama premium seperti dari Jerman. pertamina dex "Pertadex diimport sepenuhnya dan harganya berubah secara harian mengikut harga pasaran minyak sedunia," terang Hudha. Kerana ia lebih premium, harga Pertadex selalunya lebih tinggi. Lagipun, kerajaan Indonesia memberi sedikit subisidi untuk diesel B20 mereka. Harga untuk diesel B20 dirombak setiap tiga bulan dan ditentukan oleh pihak kerajaan Indonesia menggunakan faktor-faktor seperti harga asas minyak mentah, harga minyak sawit dan kos pengilangan dan pengangkutan. [caption id="attachment_28544" align="aligncenter" width="650"]Gambar dari CNN Indonesia Gambar dari CNN Indonesia.[/caption] Hudha kemudian menerangkan bahawa untuk kawasan-kawasan di dalam negara Indonesia yang tidak mendapat bekalan Bio Solar atau diesel B20, diesel biasa akan tetap dibekalkan. Berkenaan ujian diesel B20 yang dilakukan, kerajaan Indonesia menjalankan ujian kualiti diesel B20 dengan kenderaan-kenderaan dari jenama Toyota, Mitsubishi, Hino dan Chevrolet sejauh 40,000 km. Toyota memanjangkan sendiri tempoh ujian kepada 100,000 km dan kesemua ujian berakhir dengan positif. slide MPOB indo 4 Careta juga diberitahu bahawa kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk ujian ini dilengkapi dengan enjin Euro 2. Indonesia sendiri masih menggunakan piawaian Euro 2 secara rasmi (Malaysia menggunakan piawain Euro 2M). Sekarang ini kerajaan Indonesia masih meneruskan ujian-ujian kajian efek diesel B20 dan juga ujian untuk penggunaan diesel B30 yang akan dijadikan mandatori dalam tahun 2020. Apa yang pasti, industri automotif Indonesia yang menjual lebih dari sejuta unit kenderaan setahun ini sudah tahu pelan tenaga (energy roadmap) negara tersebut sejak 2006 lagi dan mempunyai masa untuk melakukan perubahan kepada kenderaan untuk pasaran itu.