Mercedes-Benz Malaysia catat rekod lagi - Numero uno dalam segmen kereta premium!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini berada dalam keadaan selesa. Rekod demi rekod telah dicipta dan terbaru, MBM mencatatkan pertumbuhan dua angka iaitu 11 peratus pada suku pertama tahun ini dan mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju kereta penumpang mewah dengan pegangan pasaran sebanyak 2.3 peratus. "Mercedes-Benz Malaysia telah melabur lebih dari RM900 juta untuk keseluruhan produksi, jualan serta pengedaran kenderaan sejak 2003 sehingga 2016. Sasaran kami ialah untuk terus mengukuhkan bisnes di negara ini dan memberikan produk dan pengalaman pelanggan terbaik seterusnya membesarkan pasaran," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Dr Claus Weidner. "Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa sebanyak 2,945 unit kenderaan telah diserahkan kepada pelanggan pada suku pertama tahun ini dan ia merupakan rekod terbaik setakat ini. Ia jumlah yang besar dan bersamaan 11 peratus perkembangan berbanding suku pertama tahun lalu." tambah Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran, Kereta Penumpang, En. Mark Raine. Mercedes-Benz Malaysia catat rekod S1 2017.02 Berikut ialah angka-angka jualan yang dicapai oleh MBM pada suku pertama tahun ini.
  • Jualan MB limosin yang dipasang secara tempatan; Mercedes-Benz C-, E- dan S-Class mencatat jualan sebanyak 1,083 unit diikuti oleh E-Class sebanyak 610 unit
  • Kenderaan kompak seperti Mercedes-Benz A-Class, B-Class, GLA dan CLA Class pula ialah 434 unit
  • Sumbangan jualan paling signifikan ialah daripada segmen SUV sebanyak 594 unit iaitu 247 peratus lonjakan peningkatan berbanding suku pertama (S1) 2016
  • Mercedes-Benz GLC menyaksikan pertumbuhan sebanyak 306 peratus, dengan 491 units jualan
  • Jualan MB Cars juga meningkat iaitu sebanyak 93 units jualan, peningkatan 365% peratus berbanding S1 2016.
Berikut pula fakta mengenai khidmat selepas jualan S1 2017:
  • Sejumlah 30,629 kenderaan telah mendapatkan khidmat servis MB
  • Terdapat 30 pengedar MBM di seluruh Malaysia
  • Pengedar terbaru ialah Mercedes-Benz Cycle & Carriage Bintang Cheras Autohaus, Mercedes-Benz Mofaz Kota Bharu Autohaus dan Mercedes-Benz Mofaz Kuala Terengganu Autohaus
Pencapaian kilang di Pekan, Pahang pada S1 2017:
  • Sebanyak 1,977 unit kenderaan telah dikeluarkan
  • Terdapat sebelas model yang dipasang iaitu Mercedes-Benz C180 Avantgarde, C200 Exclusive, C200 Avantgarde, C250 AMG, CKD E-Class: E200 Avantgarde, E250 Exclusive, E250 Avantgarde, dan E350e, Mercedes-Benz S400h AMG
  • SUV pemasangan tempatan pertama:  GLC250 AMG
  • Kenderaan hibrid plug in pertama: Mercedes-Benz C350e
Jualan di peringkat global pada S1 2017:
  • Jualan Daimler AG adalah sebanyak 560,625 kenderaan
  • Jualan di rantau Asia Pasifik ialah sebanyak  219,418 kenderaan
  • Korea Selatan, Australia dan Malaysia catat jualan S1 2017 dan bulan Mac terbaik
Penulis: Muhammad Md Tajudin