5 kerjaya 'pelik' dalam dunia automotif menurut SEAT

oleh Careta.my|
Lazimnya apabila bercerita mengenai dunia automotif, kerjaya jurutera adalah antara yang paling banyak disebut-sebut. Hakikatnya, membina kereta bukan mudah dan tidak tertumpu kepada profesion itu sahaja malah melibatkan pelbagai pakar dalam bidang yang berbeza-beza.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Membina kereta bermula di atas kertas, dan ia tidak semestinya berada di atas meja pereka, jurutera atau ketua syarikat. Boleh jadi ia bermula dari bahagian penyelidikan pemasaran bagi menentukan kereta dan ciri-ciri apa yang dimahukan oleh pasaran.

 

Menurut pengeluar kereta dari Sepanyol iaitu SEAT, selain daripada jurutera, pereka atau operator pemasangan, terdapat beberapa lagi profesion dalam bidang automotif yang melibatkan kemahiran, kreativiti dan ketepatan tinggi dalam membina sesebuah kereta. Mereka turut memainkan peranan yang sangat penting dan berikut adalah lima kerjaya 'bukan biasa-biasa' yang disenaraikan SEAT.

 

1.  Pemandu uji

 

5 kerjaya 'bukan biasa-biasa' dalam dunia automotif menurut SEAT 2017.09

 

Berapakah jarak sesebuah kereta yang dipandu oleh penguji kereta? Untuk SEAT, pemandunya perlu membawa kereta itu sebanyak dua juta kilometer dalam masa setahun. Pasukan profesional itu perlu memandu uji kereta dalam kelajuan berbeza di atas enam jenis permukaan jalan termasuk yang berbatu dan tidak rata bagi memastikan tiada bunyi-bunyi sesat wujud. Semasa ujian tersebut, mereka turut menguji hon, lampu dan brek supaya ia berfungsi dengan sempurna.

 

 

2.  Pengukir

 

5 kerjaya 'bukan biasa-biasa' dalam dunia automotif menurut SEAT 2017.10

 

Kerjaya ini sudah wujud sejak zaman-berzaman dan masih terpakai hingga kini. Dalam bidang automotif, kereta dibentuk menggunakan tanah liat mengikut saiz dan berat yang sama seperti kereta sebenar. Jumlah tanah liat yang digunakan ialah 2,500 kg dan memakan masa sehingga 10,000 jam untuk menghasilkannya. Selepas itu, barulah rekabentuk sebenar diputuskan.

 

 

3.  Jurujahit

5 kerjaya 'bukan biasa-biasa' dalam dunia automotif menurut SEAT 2017.13

 

Ada kerja yang boleh dilakukan menggunakan mesin dan terdapat juga kerja yang masih memerlukan kemahiran manusia. Jurujahit dalam bidang ini menggunakan tangan bagi merias dalaman kereta dan mereka memerlukan lebih dari 30 meter kelim (seams) untuk menyudahkan sesebuah kereta. Kebiasanya rekaan mereka sudah tersedia dua tahun lebih awal.

 

 

4.  Juruuji kerusi

5 kerjaya 'bukan biasa-biasa' dalam dunia automotif menurut SEAT 2017.08

 

Profesion ini melibatkan tugas-tugas dalam membentuk kerusi yang ideal. Ujian yang dilakukan pula bukanlah senang tetapi perlu dilipat sebanyak 20,000 kali untuk setiap kerusi yang berbeza.

 

Mereka juga perlu mencari bahan yang sesuai seperti fabrik, span, struktur dan jahitan yang sesuai untuk pelbagai jenis badan pelanggan dan keadaan luar. Mereka turut perlu memastikan rekabentuk perehat kepala benar-benar elok supaya tidak mendatangkan kecederaan pada tengkuk sewaktu berlaku kemalangan.

 

 

5.  Penghidu dalaman (sommeliers)

 

som

 

Ini juga salah satu kerja yang istimewa. Setiap jenama mempunyai bau tersendiri dan biasanya dapat dihidu semasa di bilik pameran.

 

Pasukan yang terlibat dalam bidang ini bukan calang-calang kerana mereka ahli kimia dan perlu melakukan 400 ujian bau setiap tahun.

 

Kereta pula didedahkan sehingga suhu 60 darjah celsius. Kerjaya ini juga mempunyai syarat tertentu, mereka tidak boleh merokok dan memakai wangian agar keputusan subjek uji kaji tidak terjejas. Jimat duit minyak wangi dan rokok!

 

 

 

 Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Thomas berkata, "model SEAT sedia ada akan terus dihasilkan dalam…
Informasi
  Begitu canggih sehinggakan jurutera boleh ke pelbagai tempat dari puncak gunung Mont Blanc…
Berita Global
  Sekam padi kitar semula itu lebih ringan berbanding kedua-dua bahan tersebut. Jika menjadi,…