RM2 billion untuk Malaysia - Haval

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Go Auto Group of Companies, pengimport, pemasang dan pemasang rasmi jenama Haval untuk Malaysia dan rantau Asean, serta Great Wall Motors Company Limited, pemilik jenama Haval akan menyuntik sejumlah RM2 billion untuk jenama tersebut di Malaysia bagi mempertingkatkan operasi Haval. Pelaburan terkumpul sebanyak RM2 billion itu akan digunakan secara berperingkat sehingga tahun 2021. azam 2 Menurut CEO Go Auto, Ahmad Azam Sulaiman (gambar atas), suntikan pelaburan itu lebih kepada meningkatkan keupayaan kilang pemasangan Haval di Gurun, Kedah bagi memastikan Malaysia menjadi hab untuk produk Haval di Asean. Produk-produk Haval lebih memberi tumpuan kepada genre SUV dengan enjin-enjin bertaraf EEV (Kenderaan Cekap Tenaga). Azam yang ditemu-ramah oleh Careta semasa Pameran Automotif Antarabangsa Shanghai minggu lalu menerangkan bahawa setakat ini Go Auto telah melaburkan sehingga RM70 juta sejak tahun 2013 sehingga kini bagi fasa pertama kilang pemasangan kenderaan di Gurun. Haval H9 R&D-12 Fasa kedua akan membabitkan pelaburan sebanyak RM250 juta untuk penambahan fasiliti di kilang pemasangan mereka untuk meningkatkan jumlah pengeluaran daripad 24,000 unit setahun kepada 50,000 unit. Ia dijangka siap pada tahun 2018 dan kemudian akan diikuti oleh fasa pembangunan seterusnya. Fasa ketiga lebih bertumpu kepada penghasilan komponen penting kenderaan seperti enjin dan juga pembangunan unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Haval di Malaysia. Haval H9 R&D-13 Buat masa sekarang, Go Auto mengeksport kenderaan Haval yang dipasang di Gurun ke Kemboja dan Brunei. "Kami akan mula mengeksport ke Indonesia, Vietnam dan Batam pada tahun ini," terang Azam. Go Auto juga akan mengeksport Haval panduan sebelah kiri ke negara-negara Fiipina, Laos dan Vietnam pada masa hadapan. Haval H9 R&D-1 "Kami juga sudah mendapat pertanyaan akan produk kami bagi pasaran Singapura dan kami lihat ini sebagai satu perkembangan positif kerana Singapura ialah satu pasaran berteknologi tinggi dan akan menjadi tanda aras yang baik bagi Haval." Buat masa sekarang, Go Auto memasang dan memasarkan model-model Haval H1 (gamabr utama) dan H2 (gambar di bawah) yang dijual pada sekitar harga RM55,000 dan RM90,000. GWM Haval H2 launch-15 Haval ialah jenama kenderaan pertama di dalam negara yang dianugerahkan lesen pembuatan EEV oleh MITI dalam tahun 2014.