E-Class baharu kini lebih murah

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Jika anda menunggu untuk harga yang lebih sesuai untuk membeli E-Class baharu, inilah masanya. Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan E-Class pemasangan tempatan (CKD) yang secara keseluruhan jauh lebih murah dari E-Class yang diimport sepenuhnya (CBU). IMG_1828 Dilengkapkan dengan ciri-ciri yang terbaik, E 200 Avantgarde kini berharga RM348,888 (RM47,000 lebih murah dari CBU), E 250 Avantgarde RM378,888 (RM42,000 lebih murah dari CBU) dan E 250 Exclusive pula berharga RM383,888 (RM42,000 kurang dari CBU). IMG_1831 Walaupun setiap varian E-Class mempunyai ciri-ciri tersendiri dari segi kelengkapan dan hiasan, namun enjin yang digunakan adalah sama, iaitu 2.0 liter turbo 4 silinder. E 200 mempunyai kuasa kuda 184 hp dan tenaga tork sebanyak 300 Nm manakala E 250 pula 211 hp dan tenaga tork sebanyak 370 Nm. Kadar penggunaan bahanapi kedua-dua varian ialah 5.9 liter setiap 100 km. IMG_1830 Kotak gear ialah dari jenis 9 kelajuan 9G-Tronic yang bakal memberi penukaran gear yang lancar dan senyap tidak kira kelajuan. HELLA_MB_E-Klasse_Matrix_HD84_LED_Modul Antara kelengkapan yang menarik pada E-Class baharu ialah lampu depan jenis Multibeam LED, yang berupaya memancarkan kadar cahaya lampu yang mencukupi untuk menyinari jalanraya dihadapan tanpa mengaburkan mata pemandu dari arah bertentangan. E 250 Exclusive Line (31) Di dalamnya ternyata sangat mewah, dengan lampu penenang ruang dalam, dua skrin besar (12.3 inci) bagi penunjuk kelajuan dan maklumat-maklumat dari sistem infotainment jenis COMAND. Pada model E 250 terdapat kerusi jahitan kulit mewah jenis Nappa (yang lain kerusi jahitan kulit kenis Artico) dan juga sistem audio keliling mewah jenama Burmester. Barisan E-Class juga dilengkapkan dengan sistem-sistem keselamatan aktif dan pasif seperti Pre-Safe, Active Brake Assist, Parking Pilot, Pre-Safe Sound and 7 beg udara. IMG_1844 Pada hari pelancaran, MBM juga turut mengumumkan sebuah model hibrid baharu, iaitu E 350e AMG Line, yang bakal dijual dengan rasmi pada suku ketiga tahun ini, dengan harga “dibawah RM400,000.”