Applikasi Carpit bantu beli tayar

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Applikasi perkhidmatan tayar Carpit telah dilancarkan di pasaran Malaysia secara rasminya hari ini. Ia dilengkapi pelbagai ciri-ciri inovatif yang direka untuk memudahkan pemilik kenderaan bagi mendapatkan tayar kereta mereka agar terus selamat di jalan raya. Kenderaan peribadi kekal cara pengangkutan yang paling popular dan sementelah pemilik kereta kerap memeriksa enjin bagi memastikan kereta mereka berjalan dengan lancar, ramai pula yang cenderung untuk mengabaikan keadaan tayar mereka sehinggalah ia nya bermasalah. Walaupun menyedari ia nya satu aspek penting dalam keselamatan jalan raya, ramai yang menangguhkan dari menukar tayar mereka atas alasan ia nya terlalu memakan masa, dan harga juga boleh berbeza-beza dari satu kedai ke kedai yang lain. Screenshot_2017-04-21-16-21-12  Screenshot_2017-04-21-16-20-26  Screenshot_2017-04-21-16-20-37  Screenshot_2017-04-21-16-20-45 Carpit bertujuan untuk menjadikan proses menukar tayar lebih mudah bagi rakyat Malaysia untuk mencari kedai tayar untuk mendapatkan keperluan perkhidmatan tayar bagi kereta mereka. Carpit menawarkan perkhidmatan jaminan penuh terhadap sebarang kerosakan kenderaan pelanggan dan juga perlindungan dari penipuan atau caj yang tidak dijangka terhadap pelanggan. Harga yang dipaparkan Carpit juga telus tanpa caj tersembunyi atau kadar tambahan yang dikenakan tanpa notis. Pengguna boleh membayar terus selepas semua perkhidmatan yang diperlukan telah selesai ditempah, dan ini mengelakkan risiko kenaikan harga dari dikenakan oleh peniaga. Untuk memastikan kesahihan wakil servis keretanya, Carpit mengekalkan garis panduan kualiti perkhidmatan yang ketat dan memberikan pelanggan peluang untuk mengkaji dan menilai peniaga lain. Ini membantu untuk mengurangkan insiden penipuan dan hidmat peniaga yang berkualiti rendah. Rangkaian 237 peniaga yang dipercayai di seluruh negara yang ada pada platform Carpit ini semakin meningkat, dan pengguna boleh yakin bahawa mereka akan dapat mencari peniaga yang sesuai di mana sahaja, bila-bila masa. [caption id="attachment_28323" align="alignnone" width="620"]IMG_5819 Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Carpit Malaysia, Tai Qisheng[/caption] Aplikasi Carpit direka untuk menjadi mudah untuk diseesuaikan dengan gaya hidup pemandu moden baharu dan lama yang sibuk. Dengan hanya beberapa klik pada telefon pintar, sesiapa sahaja boleh mengatur untuk mendapatkan gantian tayar kereta mereka. Aplikasi ini mempunyai pangkalan data yang besar bagi profil model kereta popular dengan saiz tayar masing-masing, menjadikan ia mudah untuk pelanggan dan kedai servis kereta dengan cepat mengenal pasti tayar yang sesuai untuk mana-mana kereta. Bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk membawa kereta mereka ke kedai, Carpit juga boleh menyenaraikan peniaga yang menawarkan perhidmatan pengambilan dan hantaran kereta percuma, bagi membolehkan pelanggan untuk menempah perkhidmatan tanpa perlu meninggalkan keselesaan rumah atau tempat kerja mereka. Aplikasi Carpit juga membantu untuk mengesan semua rekod perkhidmatan tayar anda dan memberikan peringatan supaya pengguna tahu bila untuk memeriksa  tayar kereta anda lagi. Selain itu, aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk menikmati pelbagai jenis promosi oleh peniaga. Bersempena dengan pelancaran rasmi, Carpit juga mengumumkan perlantikan pemandu kereta lumba wanita terkenal dan drifter profesional, Leona Chin sebagai duta rasmi untuk Carpit Malaysia. IMG_5826 Aplikasi Carpit kini dalam fasa ujian beta terbuka jadi pengguna yang berminat yang ingin mencuba aplikasi ini  dan memberi maklum balas, aplikasi ini kini boleh didapati denagn memuat turun secara percuma di Google Play Store dan juga bagi platform Android serta iOS.