Motosikal Zero Engineering kini di Malaysia

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Jika anda pernah menonton filem Iron Man, anda mungkin perasan sebuah motosikal chopper koleksi watak Tony Stark yang dipamerkan di tempat letak kereta rumah beliau. 92d1ebc32a3478b3a99f01773e0e1038 Motosikal itu ialah jenis Type-6 buatan Zero Engineering, iaitu syarikat pengeluar motosikal terkemuka dari Jepun. Lebih terkenal dengan panggilan “Samurai Chopper”, motosikal Zero Engineering memang motosikal pilihan selebriti-selebriti Hollywood seperti Brad Pitt dan David Beckham. Photos-Brad-Pitt-His-Motorcycle-LA Sekarang anda juga boleh membeli sebuah motosikal chopper dari Zero Engineering kerana ia baru mengumumkan pengimport rasminya di Malaysia, iaitu Didi Resources Sdn Bhd dan juga pengedar rasmi, Stronghold Cycles Sdn Bhd. Sebuah bilik pameran 3S akan dibuka di The Gasket Alley, Petaling Jaya. Ia akan mempamerkan bukan sahaja motosikal Zero Engineering, malah banyak lagi produk gaya hidup yang berkaitan. IMG_1813 Bermula dari harga RM180,000, anda boleh memilih antara model-model Type-5, Type-6 dan Type-9i, semuanya menampilkan rupabentuk yang dikatakan membawa prinsip rekaan “Zero Style” yang dipelopori oleh Shinya Kimura di Okazaki, Jepun. IMG_1815 Motosikal Zero Engineering ini memang mempunyai penampilan yang unik dan sangat mewah, dengan cara pembuatan dan penghasilan yang mempunyai berperincian sangat teliti, tidak terdapat pada mana-mana jenama motosikal lain. Walaupun rangka chassisnya (iaitu Goose Neck dan Dragon Neck) adalah buatan tersendiri, enjinnya ialah dari pilihan V-Twin/Evo/Shovelhead buatan Harley-Davidson dan S&S Cycle dari Amerika Syarikat. Sesiapa yang mahu maklumat lanjut, sila layari http://zeroengineering.my