Boon Siew Honda eksport RS150R!

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Boon Siew Honda hari ini telah memeterai perjanjian dengan Honda Motor Co. Ltd untuk mengeksport model RS15OR. Perjanjian antara BSH dan HM telah dibuat semasa Majlis Menandatangani Perjanjian Rasmi di Institut Automotif Malaysia di Cyberjaya sebentar tadi.

Ini menandakan satu peristiwa bersejarah bagi pengeluar motosikal terkemuka di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) untuk mengeksport motosikal RS150R yang dipasang mereka di negara ini. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Institut Automotif Malaysia (MAI) hadir pada Majlis Menandatangani Perjanjian Rasmi untuk menyaksikan acara ini di MAI, Cyberjaya. 20170420_152330 Berbekalkan lebih 60 tahun berada dalam pasaran di Malaysia dan merupakan syarikat pemasang motosikal Honda pertama di luar Jepun, BSH mensasarkan untuk mengeksport 700 unit model RS15OR pada tahun pertama ini. Tahun kewangan Boon Siew Honda bermula dari April hingga Mac tiap tahun. RS150R- RCB-1 RS15OR ini telah dilancarkan pada bulan Jun 2016 lepas dan secara rasmi ditawarkan kepada rakyat Malaysia pada Ogos 2016. "Ini adalah peluang yang baik untuk BSH dan kami telah meneliti perniagaan eksport selama bertahun-tahun, dan kini kami akhirnya bersedia untuk memulakannya. Kami yakin dengan model Honda RS15OR kerana ia adalah salah satu model yang paling laris di BSH. Kami berjaya mencapai 17,000 unit pengeluaran dalam hanya lapan bulan pertama sejak ia nya dikeluarkan pada bulan Ogos 2016," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Nobuhide Nagata. Dengan kerjasama yang kuat antara Honda Motor dan BSH, kedua-dua pihak telah menyatukan wawasan mereka untuk menawarkan motosikal inovatif dan boleh dipercayai kepada orang ramai melalui perjanjian terbaharu mereka ini. [caption id="attachment_28250" align="alignnone" width="620"]CEO MAI Dato Madani CEO MAI Dato Madani memberi ucapan aluan[/caption] Honda kini mengawal 26% daripada jumlah bahagian pasaran di Malaysia setakat Mac 2017 dan bertujuan untuk mencapai peningkatan 5% di akhir tahun fiskal 2017/2018 ini. BSH telah merekodkan pencapaian jualan sebanyak 132% pada tahun fiskal mereka yang lepas.