Rekabentuk Proton Perdana diiktiraf! - Terima anugerah Malaysia Good Design Mark daripada MDC

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Rekabentuk Proton Perdana baharu ternyata diakui industri apabila memenangi anugerah Malaysia Good Design Mark' (MGDM) oleh Majlis Rekabentuk Malaysia (MDC). Pengiktirafan untuk rekabentuk itu adalah yang kedua untuk Proton Perdana apabila dianugerahkan ‘Best Local Car Design of the Year 2016’ oleh Carsifu Editors’ Choice Award. Anugerah daripada MDC tersebut dimenangi Perdana untuk kategori Kawasan Umum dan Kenderaan. Anugerah telah disampaikan oleh YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, YBhg Dato' Radzaif Mohamed pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam pada Selasa. 02-Perdana 2017-2 Proton Perdana yang dilancarkan pada 14 Jun 2016, mendapat pengiktirafan tersebut berdasarkan rekabentuk yang baik bagi produk yang lengkap yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh tenaga tempatan. "Kami sangat teruja dengan pengiktirafan daripada Majlis Rekabentuk Malaysia untuk model Perdana. Ini merupakan penghargaan kepada usaha-usaha yang telah disumbangkan dalam pembangunan kereta ini dan saya dedikasikan pengiktirafan ini kepada mereka yang telah mencurahkan bakat dalam projek Perdana. Banyak lagi ruang yang PROTON perlu perbaiki dan anugerah ini tentunya menyuntik semangat kepada PROTON untuk bekerja lebih keras dalam menyediakan kereta dengan rekaan dan kejuruteraan yang lebih baik kepada pelanggan," kata Dato' Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON. MGDM adalah program pengiktirafan rekabentuk oleh kerajaan Malaysia di bawah Majlis Rekabentuk Malaysia. Penubuhannya adalah untuk memberi pengiktirafan kepada industri tempatan yang cemerlang dalam menyediakan produk berkualiti dan inovatif serta menggalakkan kepada peningkatan kualiti pengeluaran melalui penyelidikan dan pembangunan. [gallery columns="4" ids="28168,28166,25452,25434"] Kemenangan kali ini adalah yang keempat buat Proton selepas model Satria Neo dan Persona pada 2007 dan Iriz pada 2014. Untuk maklumat lanjut mengenai Proton, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau emel [email protected]. Pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi rasmi mudah alih MyProton dari Google Play dan Apple App Store. Penulis: Muhammad Md Tajudin