SYM Smart Shop baharu kini dibuka di Kluang,Johor

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
SYM Malaysia kini telah membuka “SYM Smart Shop” yang keenam di dalam Malaysia dan yang kedua di negeri Johor. ‘SYM Smart Shop’ mulanya diperkenalkan pada tahun 2014 sebagai satu pusat pameran yang menampilkan semua model keluaran SYM dari moped sehinggakan skuter dan menjadi pusat servis yang menyediakan servis lepas jualan serta menjual alat ganti tulen SYM. Bilik pameran tiga tingkat ini menyediakan ruang pameran ekslusif SYM, sudut pameran untuk model Benelli, pusat servis,  serta ruang untuk aksesori dan alat ganti. Pusat servis ini dilengkapi dengan dua “platform” servis dengan ruang keseluruhan kira-kira seluas 10,000 kaki persegi. DSC_0762 “Dengan perkenalan ‘SYM Smart Shop’ ini oleh Wei Ling Motor Sdn Bhd di Kluang, kami percaya yang kita mampu meraih lebih jualan dalam pasaran untuk bulan – bulan berikutnya. Kami menghargai sokongan dari penduduk sekitar Kluang dan berjanji akan meneruskan menyediakan perkhidmatan selepas  jualan yang terbaik”, kata Pengurus Cawangan Johor Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, Alex Lim JH. [gallery columns="2" size="large" ids="28131,28130"] Alamat: Wei Ling SYM Smart Shop terletak di 693 & 695, Jalan Mersing, 86000, Kluang, Johor Darul Takzim. Waktu operasi: Setiap hari dari 9.30 pagi hingga enam petang, kecuali Ahad. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi SYM Smart Shop di talian 07 – 773 3288 atau layari laman sesawang rasmi SYM di www.sym.net.my . Wei Ling Front View (1) Oleh:Nurdiana Ismadi