MPV konsep dari Geely

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Geely baru sahaja mempersembahkan  MPV konsep terbaharunya di Shanghai. Rekabentuk Geely MPV ini mengingatkan kita pada bentuk menarik Mazda Nagare dari era tahun 2000, terutamanya dari hadapan, bila gril bawah menunjukkan jalur lengkung dan garisan tebal. Geely-MPV-Concept-2 Juga terdapat sedikit rupa ala Kia di gril depan tetapi secara keseluruhan, bentuknya tersendiri dan sangat menarik bila dipandang. mazda-nagare-concept Dari sebelah tepi, Geely MPV ini tidak lagi memakai cermin tepi, tetapi ia menggunakan lensa kamera pandang belakang kecil. Tiang B-, C- dan D juga telah digelapkan untuk memberikan kelihatan seolah-olah bumbungnya (yang dibuat dari kaca) terapung tanpa tiang. (*Perodua pernah mempamerkan model konsep mereka sebegini, yang digelar 'Bezza' ketika itu - Editor) Geely-MPV-Concept-3 Rupa belakangnya juga bakal menarik perhatian dengan lampu belakang yang nipis dan penampilan rekabentuk garisan-garisan yang sofistikated. Ruang dalamnya menunjukkan layar skrin besar pada bahagian dashboard dan tempat duduk yang sporty, walaupun kelihatan agak tidak selesa. Geely-MPV-Concept-4 Tiada banyak maklumat yang ada tentang kereta ini buat sekarang tetapi kita gembira Geely berani menampilkan sebuah rekaan MPV yang lain dari lain.