BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan varian terkini model BMW Motorrad Heritage menerusi BMW R nineT, BMW R nineT Pure dan BMW R nineT Racer baharu.
“Sejak dua tahun lalu, BMW Motorrad dilihat terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila mencatat penghantaran motosikal lebih 1,000 unit motosikal di Malaysia. Ini merupakan satu petunjuk positif” ujar Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun.
Model-model BMW Heritage yang baru menggunakan khidmat enjin boxer penuh kuasa dengan sistem penyejukan cecair/udara berkapasiti 1,170cc. Mampu menjana kuasa sehingga 110hp dan tork maksimum 116Nm, enjin itu dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.
Rangkaian kuasa tersebut direka untuk memenuhi piawaian emisi EU4. Jadi, ia dipasang dengan beberapa ciri terkini seperti pemetaan enjin yang baru, sistem bahan bersama tabung karbon untuk ventilasi tangki minyak serta sistem ekzos yang pengubah bermangkinnya telah diubah suai agar mempunyai keratan rentas lebih besar.
BMW R nineT
[gallery columns="2" size="large" ids="27725,27727"]
- Dikuasakan oleh enjin boxer, agihan kuasa daripada enjin boxer ke roda belakang roadster klasik ini disempurnakan oleh aci pacu cardan dan kotak gear enam kelajuan.
- BMW R nineT baharu didatangkan dengan indikator kelajuan berkembar dan alat pengesan pecutan pada komputernya.
- BMW Motorrad telah melanjutkan program reka bentuk Aksesori Tulen BMW Motorrad yang merangkumi alat ganti custom “Machined” untuk BMW R nineT baharu.
- Alat ganti pilihan “Machined Parts” termasuklah pelindung kepala silinder “Machined”, perumah lampu utama “Machined”, penutup enjin “Machined” dan bar hendal “Machined”.
- [gallery columns="2" size="large" ids="27728,27729"]
- Rekaan gabungan elemen gaya klasik dan moden, bersama perincian mewah seperti perehat kaki yang diperbuat daripada aluminium tempa bersama kemasan anod jernih.
- Tangki minyak dan madgad BMW R nineT Pure didatangkan dalam kemasan berwarna kelabu (Catalano Grey).
- Panel kluster instrumen speedometer bulat dengan paparan analog dan lampu indikator bersepadu.
- Paparan LCD untuk memaparkan maklumat penting seperti masa dan jarak perjalanan.
- [gallery columns="2" size="large" ids="27734,27733"]
- Inspirasi jentera old-school yang sporty menerusi bahagian hadapan pendek dan fairing separuh pada stereng.
- Bahagian hadapan BMW R nineT Racer baharu kelihatan tirus, dengan lampu utama klasik berbentuk bulat dan emblem BMW dilekatkan di tengah-tengah penutup mentolnya.
- Dipasang dengan papan komputer sebagai satu ciri standard. Ia menawarkan satu skrin yang besar dan jelas untuk memaparkan maklumat-maklumat tunggangan yang penting seperti masa, kedudukan gear, baki jarak, jarak perjalanan, selang servis, purata kelajuan dan penggunaan bahan api.
- Sistem ekzos besi tahan karat dengan peredam diletakkan pada sebelah kiri.
- BMW R NineT Racer dan BMW R NineT Pure baharu juga dipasang dengan rim aloi tempa yang ringan.
- Tangki, fairing separuh, madgad hadapan dan bonggol tempat duduk (seat hump) didatangkan dalam warna putih (Lightwhite).
- [gallery columns="2" size="large" ids="27740,27741"]