Mangsa tragedi tanah runtuh ucap terima kasih kepada Proton

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Malam itu terasa sejuk, dengan hujan yang turun sepanjang hari masih tidak berhenti walaupun hari sudah lewat malam. Gegaran yang dirasakan pada dinihari 26 November 2016 lantas menggusarkan para penduduk Taman Idaman Serendah, Hulu Selangor. Tidak pernah seumur hidup mereka merasakan gegaran sedemikian. Mungkinkah gempa bumi yang sering diberitakan dialami di tempat lain, kini melanda kawasan mereka?
Dengan rasa penuh was was mereka memeriksa keadaan rumah sendiri. Syukur tiada kerosakan yang kelihatan. Suasana mula kecoh ketika itu, apatah lagi bila penghuni rumah yang di hujung sekali berhampiran jalan besar mengatakan bahawa laman rumahnya telah tiada!
Tanah runtuh! Jalan besar yang berada di hujung kawasan perumahan mereka kini sudah terputus dan tidak kelihatan lagi! Begitu juga kawasan mereka meletak kereta, kini telah hilang. Dalam kepekatan malam, tidak kelihatan kelibat kereta kereta para penduduk di situ walaupun disorot lampu suluh. Hati mereka mengeluh, terus berdebar debar memikirkan keselamatan masing masing, apakah kawasan itu masih selamat? Apakah runtuhan itu akan kian merebak membabitkan rumah mereka? Dan apakah pula nasib kereta kesayangan masing masing? Dalam kekecohan itu, seorang penunggang motosikal yang melalui lorong di hujung taman perumahan itu terjatuh pula ke dalam lohong tanah runtuh itu! Dalam kegelapan malam, beliau tidak menyedari kewujudan lubang besar di situ. Mujurlah dia tidak mengalami kecederaan serius.
Cuma sinaran mentari di awal pagi keesokan harinya sahaja yang mampu memberikan sekelumit jawapan. Tuhan sahaja yang tahu perasaan sedih dan hiba apabila melihat sendiri kereta kesayangan musnah dan remuk kerana terjatuh ke dalam lereng bukit dan tertimbus dalam runtuhan tanah. Apatah lagi bila menyedari bahawa kerosakan akibat bencana alam sebegini tidak dilindungi insurans!
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Idaman Serendah, Hulu Selangor pada 26 November 2016 yang lalu masih lagi menghantui penghuni-penghuni di kawasan tersebut. Kejadian tersebut mengakibatkan sepuluh buah kereta serta sebuah gerai berhampiran telah musnah, dan seorang penuggang motosikal juga nyaris maut akibat terjatuh ke dalam lubang kesan runtuhan tanah tersebut.
 “Masa kejadian saya tiada di rumah, balik saja tengok-tengok dah jadi macam tu. Saya cari abah saya, lepas tu cari kereta.
 Eh, kereta dah tak ada. Dalam hati pada masa itu Tuhan sahajalah yang tahu, mana saya nak cekau duit nak baiki kereta tu. Memang dah putus harapan, sedih sebab saya sayang kereta. Abah saya pun gunakan Wira saya itu,” ujar Mohd Fuad Ariff Bin Mohamad Isa, 25 tahun, salah seorang dari mangsa tragedi tersebut yang Careta hubungi.
Dalam kejadian tersebut, tiga dari sepuluh kenderaan yang musnah adalah kereta Proton dari model Saga FLX, Saga LMST dan Wira.
WhatsApp Image 2017-01-24 at 7.34.13 PM
WhatsApp Image 2017-01-25 at 12.44.10 PMWhatsApp Image 2017-01-25 at 9.37.11 AM
Pihak Careta telah berkunjung ke rumah salah seorang daripada mangsa kejadian, Shairattul Najwa Binti Salihaddin 29 tahun pemilik kereta Proton model Saga FLX.
WhatsApp Image 2017-01-26 at 8.16.04
Selain dari Fuad dan Shairattul, kami juga telah menghubungi seorang lagi mangsa, Suhana Binti Abdul Malik yang berusia 34 tahun dan pemilik sebuah Proton Saga LMST.
saga lady
“Mula-mula semasa saya tengok keadaan kereta saya itu, hati saya remuk. Memang tak ada harapan langsung nak guna balik. Dah rosak teruk, kalau nak baiki pun memang tak berbaloi. Saya ingat nak beli kereta baru sahaja."
"Saya betul-betul tak sangka yang Proton sanggup membantu saya untuk memperbaiki semula keseluruhan kereta itu. Terima kasih Proton,” ujar Suhana.
Ketika ditanya kepada Najwa pula, bagaimana anda boleh mendapat bantuan daripada pihak Proton?
“Sebenarnya bapa angkat saya yang mencuba minta bantuan daripada Proton. Lepas dah minta bantuan tu, tak sangka pula yang Proton setuju nak tolong baiki balik kereta kami semua” ujar Najwa.
Pihak Proton telah menunjukkan rasa prihatin dan bersetuju untuk membantu tiga orang pemilik kenderaan Proton yang terlibat dalam kejadian itu. Proton telah meringankan beban mangsa dengan membaikpulih kenderaan yang musnah akibat daripada kejadian itu secara percuma.
“Bila abah saya beritahu yang Proton nak membantu baiki kereta, saya memang terkejut, gembira, teruja rasa memang satu rezeki yang tak disangka-sangka. Jasa Proton memang kami akan kenang sampai akhir hayat” ujar Fuad dengan penuh kegembiraan.
Proses baik pulih mengambil masa lebih kurang dua minggu sahaja dan Proton menyerahkan kenderaan-kenderaan terbabit kepada pemilik pada 22 Disember lalu.
WhatsApp Image 2017-01-24 at 7.32.50 PM
777777 [caption id="attachment_23717" align="aligncenter" width="574"]WhatsApp Image 2017-01-25 at 4.08.33 PM Selepas dibaikpulih[/caption]
“Saya sebenarnya tidak menjangka yang pihak Proton mahu membantu saya dan mangsa yang lain. Terima kasih banyak-banyak kerana membantu baik pulih kereta kami tanpa sebarang bayaran dan meringankan beban kami semua,” ujar Najwa.
Tahniah dan syabas Proton.
WhatsApp Image 2017-01-24 at 7.32.36 PM
 Oleh: Diana Ismadi