Xplo-Camper - Bukti kebolehan rakyat Malaysia!

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Rakyat Malaysia tidak kurang kreatif dan bijaksana berbanding rakyat negara luar. Ini dibuktikan oleh seorang peniaga dari Rawang iaitu Ahmad Lut Bin Sadi. Beliau telah mengimpikan, merekacipta dan membangunkan Camper Truck untuk kegunaan trak pikap dan boleh dibawa ke mana sahaja. Untuk mereka yang tidak biasa dengan istilah Camper Truck, ia adalah merujuk kepada sebuah binaan yang mempunyai kemudahan untuk tidur, memasak dan membersihkan diri di atas sebuah trak pikap. 12-X-PLC Camper 2017.19 Inspirasi Filem pengembaraan dari Amerika Syarikat biasa menggunakan kenderaan ini di mana seisi keluarga atau rakan sekawan menjelajah dari satu destinasi ke destinasi lain. Dari situ dan kisah pengembaraan darat (overland) di internet telah memberi inspirasi kepada Ahmad. Beliau tidak setakat bermimpi malah berusaha untuk menggapai apa yang dicitakan. 03-X-PLC Camper 2017.05 Langkah pertama Orang kata langkah pertama ialah tindakan permulaan yang penting untuk kejayaan dan Ahmad tidak duduk diam. Beliau ligat mencari pakar yang dapat membantunya dan ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, beliau bertemu dengan Haji Samsun Bahrin setelah dua tahun mencari pakar dalam bidang ini. Haji Samsun ini bukan calang-calang orang di mana beliau ialah pemilik Shaifulzairul Aziz Sdn. Bhd. yang menjalankan perusahaan besar membina koc bas, lori, motosikal dan popular sekarang ini iaitu trak makanan di Jalan Kuang, Rawang, Selangor. Pucuk dicita ulam mendatang, Haji Samsun berminat dan bersetuju lalu mereka berdua dengan staf kilang sama-sama 'mengerjakan' idea dalam membina camper yang dicitakan. Oh! Sebelum pergi lebih jauh, Ahmad ini merupakan pemilik Ford Ranger T6. 02-X-PLC Camper 2017.03 Tempoh penyelidikan dan pembangunan (P&P) Xplo-Camper Ini bukan projek biasa-biasa kerana Ahmad mempunyai standardnya tersendiri. Proses mukaddimah, perbincangan dan percambahan idea sahaja memakan masa selama setahun. Itu belum mencukupi lagi apabila proses untuk kerja-kerja kejuruteraan dan produksi pula memakan lagi setahun untuk disiapkan sehinggalah binaan yang diberi nama Xplo-Camper ini dihasilkan dengan terma 'boleh pakai' dan boleh komersil. 16-X-PLC Camper 2017.33 Halangan Walaupun projek ini giat dilaksanakan sejak dua tahun lalu namun sebenarnya Ahmad telah bermula sejak sepuluh tahun lepas lagi. Pada waktu itu beliau tidak berjaya menemui bengkel yang sanggup membina dan ada juga yang tidak mahu terlibat projek yang biasanya dibuat oleh negara luar ini. Untuk mengimport pula tidak semudah dan terbuka seperti sekarang. 11-X-PLC Camper 2017.18 Kisah menarik dan keistimewaan Xplo-Camper Apabila ditanya mengenai kisah menarik sepanjang pembinaan camper ini beliau tersenyum serta mengimbas kembali dan berkongsi tiada yang menarik sangat, kecuali perasaan seronok misalnya mencari barang-barang keperluan camper yang menjadikan Ahmad lebih arif dalam peralatan dan kerja-kerja seperti panel solar, pendawaian serta cabaran teknikal dalam menjadikan Xplo-Camper ini suatu realiti. Juga menarik dalam proses P&P banyak uji cuba telah dilakukan sehinggakan beliau telah membeli sistem pagar elektrik untuk proses automasi camper ini. Namun beliau mengabaikan sahaja idea itu setelah memikirkan proses manual lebih mudah dan mesra pengguna. 10-X-PLC Camper 2017.16 Selain dari itu, keistimewaan paling membanggakan beliau ialah kebolehfungsian camper ciptaannya yang bersifat modular iaitu ruang yang boleh ditambah serta camper itu sendiri boleh dipasang dan ditanggalkan. Xplo-Camper bukan hanya setakat sesuai untuk Ford Ranger T6 malah menurut beliau boleh dipasangkan pada trak pikap lain juga. Menurut beliau lagi, tiada pengubahsuaian pada suspensi diperlukan kecuali keperluan kritikal seperti memasuki hutan dan seumpamanya. 15-X-PLC Camper 2017.26 Harapan Ahmad mempunyai impian yang besar dan tidak mahu binaannya hanya tular seketika sahaja. Beliau inginkan Xplo-Camper menjadi ikutan rakyat Malaysia di mana Careta sendiri jelas dengan hasrat dan minat beliau. Camper ini pelbagai guna, mempunyai tempat tidur, memasak, menonton rancangan kegemaran dan boleh mengembara ke mana sahaja. Paling manis apabila seisi keluarga boleh turut serta dan semestinya menjadi pengalaman berharga yang akan sentiasa lekat dalam memori masing-masing. Ahmad juga berhasrat untuk menjadikan produk binaannya ini dipandang oleh negara luar. 27-X-PLC Camper 2017.55 Kesimpulan Setelah berborak selama beberapa jam dan menyaksikan sendiri demonstrasi oleh Ahmad, kami di Careta yakin produk ini boleh pergi jauh. Ia fleksibel, versatil dan dapat memenuhi hasrat peminat camper yang sudah lama mengimpikan projek seperti ini. Makanya, 'fardu kifayah' Ahmad telah pun selesai dan kini menunggu respon pasaran. Kepada yang berminat boleh membuat pertanyaan lanjut di laman Facebook Xplo-Camper. Sejak Ahmad memuat naik imej camper ini di FB peribadi beliau sebanyak 510 likes, 137 respon dan 298 perkongsian telah diterima. Suatu respon yang besar! Kami di Careta mengucapkan selamat maju jaya kepada Ahmad dan marilah kita sama-sama laungkan Malaysia boleh!!! 28-X-PLC Camper 2017.56 Fasiliti Xplo-Camper:
  • Sinki dan hob dalaman
  • Penapis air dan fungsi sejuk/panas
  • Peti sejuk 15 liter
  • Penyaman udara 1HP
  • Kuasa solar 300W untuk DC
  • Bateri solar untuk kuasa 65Amh
  • AC inverter 700W
  • Set generator 3kw silent noise
  • Tempat tidur dua dewasa, tiga kanak-kanak
  • Ruang makan untuk empat dewasa
  • Poin kuasa luaran
  • Jerry can 20L 2 unit
  • Awning kiri dan kanan
  • Khemah luar
  • Mesin pemampat udara (air compressor)
  • Outlet dan inlet air
  • TV skrin rata
  • Kipas
  • Pelbagai ruang penyimpanan barang
  • Lampu dalam dan luar kenderaan
Artikel ditulis oleh Muhammad Md Tajudin Galeri gambar [gallery size="medium" ids="23693,23700,23699,23698,23697,23696,23695,23694,23692,23690,23689,23688,23687,23686,23685,23684,23683,23682"]