Volkswagen kembali dengan perancangan mantap

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Masih ingat Volkswagen? VW akan melancarkan pelbagai program menarik (serta model-model kereta) yang baharu tidak lama lagi. Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini telah mengumumkan pelan untuk memperkenalkan model terbaharu Tiguan dan Beetle pada suku kedua tahun kelak. Turut akan diperkenalkan adalah model-model edisi terhad Polo, Vento, Jetta dan Passat. Ianya merupakan perancangan mereka untuk mengembalikan keyakinan pembeli pada jenama terkenal sedunia ini. Di antaranya adalah penambahan bilangan rangkaian, inisiatif pemasaran & perhubungan awam, inisiatif korporat dan perkembangan aktiviti selepas jualan. [gallery columns="2" size="large" ids="23660,23661"]   VPCM hanya mencatatkan jumlah penjualan 6,048 unit pada 2016,  iaitu merangkumi hanya 1.2% dari keseluruhan pasaran. Ia merupakan jurang yang amat besar berbanding dengan pencapaian jualan sebanyak 13,303 unit pada tahun 2012. VPCM tahun ini menyasarkan misi yang amat jelas. iaitu untuk mengembalikan kepercayaan pelanggan pada jenama itu dengan perancangan yang menyeluruh. Ianya begitu amat penting bagi jenama tersebut sehinggakan mereka kini mempunyai bukan hanya satu, tetapi dua orang yang memegang jawatan Pengarah Urusan, iaitu Erik Winter dan Florian Steiner. Winter sebelum ini berkhidmat selama 16 tahun dengan Porsche Holding Salzburg (PHS) di beberapa unit perniagaan VW di seluruh dunia. [gallery columns="2" size="large" ids="23663,23662"] Pengarah Urusan VPCM bagi unit Selepas Jualan, Teknologi Maklumat dan Kewangan, Florian Steiner pula bertanggungjawab untuk menumpukan strategi syarikat untuk meningkatkan penguasaan pasarannya, mengukuhkan rangkaian peniaga dan mempertingkatkan perkhidmatan selepas jualan. VPCM telah pun membuka akademi latihan khusus Volkswagen Academy di Taman Industri Glenmarie in Shah Alam, Selangor sebagai markas untuk melatih sehingga 150 pekerja setiap hari. Ini bagi memastikan pengedar jenama itu lebih arif dan terlatih untuk menjual produk dengan jenama syarikat Jerman itu. Para jurulatih pula akan dibawa terus dari ibupejabat Volkswagen AG di Jerman. [gallery columns="2" size="large" ids="23665,23666"] Kecepatan penerimaan barang alat ganti juga akan dipertingkatkan. Menjelang 2018, sebuah pusat alat ganti serantau akan dibuka di Johor menggantikan pusat yang ada sekarang di Singapura. Perkembangan rangkaian pengedar dan wakil-wakil penjual akan menambah rangkaian 31 saluran pasaran yang ada sekarang. Empat lokasi baharu pula ialah di Batu Pahat, Tebrau, Permas Jaya dan Seremban. Kerjasama dengan kelab Volkswagen Club Malaysia telah membawa kepada penambahan tempoh jaminan ganti selama dua tahun (atau Goodwill Warranty) bagi kenderaan yang telah habis tempoh lima tahun jaminan ganti. Alat ganti juga kini dijamin selama dua tahun secara automatik. VPCM juga menegaskan bahawa semua kereta jenamanya datang dengan jaminan lima tahun dari pengeluar. [gallery columns="2" size="large" ids="23664,23667"]