Pencarian Raja Kapcai Endurance 2017 Bermula

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Pihak Kementerian Belia dan Sukan(KBS) bergandingan dengan Motorsports Association of Malaysia atau Persatuan Pemotoran Malaysia(MAM) sekali lagi mengajak para peminat sukan dua roda untuk sekali lagi memperagakan kemahiran dan bakat masing-masing dalam kejohanan KBS MAM Kapcai Endurance edisi kelima. Tiga pusingan kelayakan dan satu Pusingan Akhir dalam saingan Kejohanan Kebangsaan KBS-MAM Kapcai Endurance 2017 akan bermula pada hujung minggu ini di Litar Speedway PLUS, Lebuh Raya ELITE, Subang bagi pusingan pertama. Mereka yang tidak berkesempatan hujung minggu masih boleh memilih untuk bersaing pada Pusingan 2, yang akan diadakan di Litar Go Kart Sepang pada 25 dan 26 Februari, ataupun di Litar Tangkak,  ataupun di pusingan ketiga pada tarikh dan tempat yang akan diumumkan kemudian. “Pusingan akhir akan diadakan di Sepang International Circuit pada 28 dan 29 April ini sebagai acara sokongan untuk pusingan kedua saingan  perlumbaan Malaysia Superbike Championship (MSBK) yang dianjurkan oleh SIC, dimana menjadi penyokong kuat untuk acara Kapcai Endurance ini sejak ia mula diperkenalkan lima tahun lepas,” kata MAM dalam satu kenyataan hari ini. Menurut kenyataan itu, seperti edisi-edisi lepas, para pelumba akan bersaing dalam empat kelas dengan pilihan sama ada untuk mempunyai dua, tiga atau empat pelumba untuk satu pasukan. Empat kelas yang dipertandingkan adalah Kelas 1 untuk jentera ‘underbone’ di bawah 100cc; Kelas 2 untuk jentera di bawah 120cc; dan Kelas 3 untuk jentera di bawah 150cc dan juga Kelas Terbuka yang diadakan untuk memastikan saingan setara untuk semua kelas ataupun ‘level playing field’ di mana para pelumba berpengalaman diletakkan dalam satu kumpulan dan bersaing menggunakan jentera bawah 150cc. Pasukan-pasukan terbaik daripada setiap pusingan akan layak ke Pusingan Akhir untuk dinobatkan Raja KBS-MAM Kapcai Endurance 2017, tambah kenyataan itu. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai akbar Motorsports Association of Malaysia, Nor Lina Ayob di talian 03-8778 2280 atau email [email protected].