Honda BR-V terima tempahan 4,000 unit dalam tempoh tiga minggu

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda Malaysia telah mengumumkan kenderaan "crossover" baharu, Honda BR-V telah menerima tempahan 4,000 unit bagi tempoh tiga minggu selepas ia dilancarkan.

Jumlah sasaran jualan sebenar Honda Malaysia ialah 800 unit sebulan dan jumlah tempahan sekarang sudah menyamai dengan jumlah sasaran jualan untuk tempoh lima bulan.

Honda

  Honda Malaysia memberi jaminan kepada pelanggan bahawa tempoh penghantaran kenderaan akan kekal selama satu hingga ke dua bulan walaupun menerima tempahan melebihi sasaran. Ini adalah kerana syarikat tersebut berupaya untuk menyesuaikan jadual pengeluaran berdasarkan permintaan di kilang pembuatannya yang kini menjalankan operasi dua barisan pemasangan. Dari segi pembahagian tempahan, varian paling mewah, V menerima tempahan sebanyak 83 peratus manakala 17 peratus pula untuk varian E. Honda juga menyatakan bahawa BR-V baharu ini menarik minat pengguna di kawasan bandar dan luar bandar. Ini adalah kerana ciri praktikaliti dan harga yang berpatutan bagi kenderaan itu. BR-V juga mempunyai ruang lega bumi yang lebih tinggi dari CR-V, menjadikan ia lebih praktikal untuk pemanduan di kawasan luar bandar kerana bahagian bawah yang tinggi dan tidak mudah tersagat. Apapun, harus diingatkan, BR-V ini cuma pacuan roda hadapan. Oleh itu, pemiliknya dinasihati agar jangan cuba mengikuti ekspedisi 4X4. BR-V adalah model pertama bagi Honda R&D Asia Pasifik Sdn Bhd (HRAP) yang dilancarkan di Malaysia dan diterima baik oleh pelanggan yang mencari praktikaliti dan kenderaan mampu milik. Ciri-ciri Honda BR-V:
  • Tujuh tempat duduk
  • Dikuasakan oleh enjin i-VTEC 1.5 liter
  • Mampu menghasilkan 120 PS dan 145 Nm
  • Ruang but sebesar 223 liter (539 liter jika tempat duduk baris ketiga dilipat sepenuhnya)
  • 11 pemegang cawan
  • Pendingin hawa automatik
  • Sistem audio dengan paparan 6.1 inci
  • Butang mula henti dan “smart entry” (varian V sahaja)
  • Ruang lega tanah 201 mm
  • Satu set rim aloi dua tona 16 inci
  • Rel bumbung dan lampu siang (DRL)
  • Kamera undur
Ciri keselamatan:
  • Menerima penarafan lima bintang daripada ASEAN NCAP
  • Dua beg udara di hapadan
  • Vehicle stability assist (VSA)
  • Bantuan mula mendaki (HAS)
  • Anti-lock Braking System (ABS) dan Electronic Brake Distribution (EBD)
Ciri lain:
  • Tempat duduk berkonfigurasi pelbagai. Baris kedua boleh dilaras dengan mudah iaitu dengan hanya satu sentuhan “Tilt and Tumble” dalam konfigurasi 60:40
  • Baris ketiga pula 50:50
Katsuko Hayashi, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia memulakan satu projek khas iaitu kad Honda BR-V  yang dilukis sendiri oleh beliau dan akan diedarkan kepada semua pelanggan Honda sebagai tanda penghargaan dan juga sempena ulang tahun Honda. Mr. Katsuto Hayashi, MD and CEO of HMSB embarked on a special project to personalise his very own hand drawn All-New BR-V card to be delivered to all Honda customers in conjunction with their birthdays. -1 Untuk maklumat lanjut, lawati bilik pameran Honda yang berdaftar, atau layari laman web Honda Malaysia.