OPS TBC 2017: Tujuh kesalahan ini akan dikenakan tindakan Mahkamah

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Tahun Baru Cina (TBC) bakal menjelma iaitu kurang dari seminggu lagi. Sekolah akan ditutup selama empat hari dan kesempatan itu biasanya diambil oleh kebanyakan dari kita untuk pulang ke kampung atau mengembara ke serata negara menggunakan rangkaian jalan dan lebuh raya yang ekstensif. Sempena perayaan ini, kami di Careta telah menerima makluman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai tujuh kesalahan utama yang akan dikenakan tindakan Mahkamah. Di bawah ialah senarai kesalahan utama tersebut:
  1. Memandu di lorong kecemasan
  2. Tidak mematuhi isyarat lalu lintas (lampu isyarat)
  3. Memotong di barisan berkembar
  4. Memotong barisan
  5. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
  6. Tidak memakai tali pinggang keledar
  7. Memandu di lorong kanan secara berterusan (kenderaan perkhidmatan awam)
Makluman terbaru ini lebih keras berbanding pengumuman Operasi TBC 2017 pertama di mana kesalahan di atas (kecuali memandu di lorong kecemasan) dikenakan kompaun maksimum. Tindakan Mahkamah akan dikuatkuasa sepanjang Ops TBC 2017 bermula dari 21 Januari hingga 5 Februari 2017. Kami di Careta ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan mengembaralah dengan keceriaan bukan kedukaan! Jika ada yang memprovokasi, kita wat lex wat peace! Penulis: Muhammad Md Tajuddin