Prius C model 2017 lebih selamat

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Toyota Motor Corporation telah memberikan sedikit perubahan kepada model hibrid Prius C mereka.

kereta kompak hibrid itu akan datang dengan sistem Safety Sence C di mana ia mempunyai sistem canggih anti-pelanggaran yang menggunakan brek automatik bila ia mengesan akan berlakunya perlanggaran dari hadapan.

Toyota-Prius_careta 3

Prius C baharu juga boleh mengesan sekiranya ia dipandu melangkau garisan putih di tepi jalanraya.

Lampu hadapan juga boleh ditukar menjadi lampu tinggi secara automatik bila tiada kenderaan di hadapan.

Alatan keselamatan lain seperti sistem Traction Control, beg udara dan sebagainya memang akan dijadikan alatan standard.

Toyota-Prius_careta 4

Dari segi luaran, bamper belakang dan skirting sisi diubah sementara spoiler belakang diberikan warna hitam.

Bamper hadapan turut direka agar menampakkan gaya sporti kereta hibrid ini.

Tidak ada perubahan teknikal yang besar kepada enjin 1.5L dan sistem hibrid pada kenderaan ini

UMW Toyota telah menghentikan jualan Prius C selepas kerajaan membuat syarat di mana kenderaan hibrid atau EEV yang mahukan insentif pelepasan cukai perlu memasang kenderaan tersebut di dalam negara.

Toyota-Prius_careta 5

Harapnya UMW Toyota akan menggunakan kilang baharu mereka di Bukit Raja nanti untuk memasang model kompak hibrid yang menjimatkan bahan bakar ini.

Gambar dari NetCarShow.

Toyota-Prius_careta 6