Honda City facelift muncul di Thailand - jauh lebih sporti

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Selepas beberapa siri gambar intipan yang berlegar di alam maya, Honda akhirnya melancarkan City rupa baharu (facelift) di kota Bangkok, Thailand. Model 2017 itu tampil lebih sporti dan mewah dalam usaha mengekalkan takhtanya sebagai kereta penumpang 'numero uno' di negara Gajah Putih itu. Di antara perubahan kosmetik yang dilakukan ialah lampu utama LED, bampar depan dan belakang baharu manakala interior pula dengan konsol tengah berwarna gun metallic. Berikut ialah kemaskini baharu pada Honda City 2017 Luaran Gayaan baharu ini menampakkan City lebih langsing dan bergaya. Standard untuk kesemua varian ialah lampu DRL LED dan merupakan yang pertama seumpamanya untuk segmen kereta penumpang sub-kompak.
Meneruskan kesinambungan Civic dan Accord, City juga dilengkapi nyalaan LED pada lampu utama dan kabus. Perubahan yang paling ketara untuk City 2017 ialah jeriji krom, bampar depan dan belakang dan roda aluminium dengan corak baharu.
New City_Exterior_2
Dalaman Riasan dalaman turut disemak semula dengan konsol gear dan kemasan pada pada papan pemuka berwarna gun metallic. Balutan kerusi juga ditukar dengan corak baharu.
Segala-galanya LED apabila ruang dalaman turut dilengkapi pencahayaan itu seperti pada Lampu Penunjuk dan Interior. Sistem multimedia City mempunyai kemudahan skrin sentuh dengan sambungan tanpa wayar telefon pintar Bluetooth untuk kedua-dua sistem operasi Android dan iOS.
Peralatan baharu lain ialah Paddle Shift 7 kelajuan, Suiz Kawalan Audio dengan butang menerima dan menamatkan panggilan, Eco-Coaching untuk bantuan pemanduan menjimatkan, One-Push Ignition System dan Honda Smart Key System. Nadi Kuasa Tiada perubahan pada nadi kuasa City 2017. Enjinnya masih sama iaitu 1.5 liter SOHC i-VTEC dengan output kuasa maksimum 117 hp pada 6,000 rpm dan tork 146 Nm pada 4,700 rpm.
Angka penggunaan minyak untuk transmisi CVT ialah 17.9 km/l dan 18.2 km/ untuk transmisi manual. Iya, Honda City di Thailand mempunyai opsyen transmisi manual dan bukan setakat itu, di sana juga enjinnya adalah serasi dengan minyak Ethanol E85. Kelengkapan Keselamatan Honda City 2017 dibekalkan pelbagai teknologi keselamatan seperti enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Hill-Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS) dan kamera undur pelbagai sudut. Varian dan Harga Terdapat enam varian Honda City yang dikelaskan kepada tiga gred iaitu SV (SV+ CVT, SV CVT), V (V+ CVT, V CVT) dan S (CVT, MT). Enam warna yang ditawarkan ialah Modern Steel Metallic, Crystal Black Pearl, Lunar Silver Metallic, Taffeta White, White Orchid Pearl dan satu warna baharu iaitu Cosmic Blue Metallic dengan interior gelap sepenuhnya. Harga Honda City di Thailand untuk tukaran semasa bermula dari RM 69,380.31 (S MT) hingga RM 94,735.66 untuk varian paling premium (SV+ CVT).