Boleh buat laporan polis di lokasi kemalangan

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan bahawa pengguna jalanraya yang terbabit di dalam kemalangan kecil yang tidak membabitkan kecederaan boleh membuat laporan terus di lokasi kejadian.

Buat masa sekarang, ia hanya boleh dilakukan untuk kemalangan yang berlaku dari jarak antara Tol Sungai Besi dan Tol Seremban di lebuhraya PLUS.

“Unit penyiasat lebuhraya akan terus ke lokasi kemalangan sebaik menerima laporan dan mangsa boleh terus membuat laporan kepada pegawai penyiasat di situ,” terang beliau.

“Dengan cara ini, mereka tidak perlu membuang masa hadir ke balai polis,” tambah beliau lagi.

Walaupun ia hanya boleh dilakukan di kawasan terhad, syabas diucapkan kerana ia mengorak langkah baharu kepada permodenan sistem jalanraya kita.

*Berita diambil dari Berita Harian 

  • Gambar utama dari The Star