Tiga sekeluarga lalui lebih 6 ribu km

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Rusli Osman bersama-sama dengan isterinya Yong Suzi serta anak perempuan mereka Yong Sofea telah berjaya melalui enam sempadan negara Indochina dalam satu penjelajahan bermotosikal selama enam belas hari dan menjangkaui 6011km. Rusli dan keluarganya telah berkongsi pengalaman serta cabaran yang dihadapi, beberapa kejadian misteri, serta pengalaman mereka dalam mengharungi pengembaraan itu dengan menggunakan SYM Sport Rider 125i dan VTS200 sebagai pengangkutan utama perjalanan mereka tersebut. Rosli telah berkongsi kisah dan pengalaman yang dihadapi mereka sepanjang perjalanan jelajah tersebut. Sebelum memulakan perjalanan, persediaan rapi mestilah dibuat termasuk mendapatkan surat sokongan daripada kedutaan negara –negara yang terlibat untuk urusan menyeberangi sempadan, dan dokumen-dokumen pendaftaran kenderaan serta  insurans  mestilah lengkap dibawa bersama. Persiapan lain termasuk memeriksa keadaan motosikal, menyediakan minyak enjin, dan mengisi penuh tangki petrol kapasiti 4.2 liter untuk Sport  Rider 125i dan 14.7 liter untuk VTS200. DSC_0059 Memulakan  perjalanan dari Ibu Pejabat SYM di Pulau Pinang,  tiga sekeluarga tersebut telah menuju ke sempadan Thailand di Bukit Kayu Hitam untuk ke Thailand dan sehingga Semenanjung Thai ke Indochina. Sepanjang perjalanan tersebut, mereka telah melalui banyak tempat menarik termasuk Hua Hin di Teluk Siam, Pattaya, Koh Khong Phnom Penh di Kemboja, Moc Bai di sempadan Vietnam, Siem Reap melalui Wat Kemboja, Udonthani, Kho Kao, Myawaddy di Myanmar dan Kanchanaburi dimana Festival Durian yang terkenal diadakan setiap tahun. OLYMPUS DIGITAL CAMERA Apabila ditanya mengenai perkara yang menarik di sepanjang perjalanan mereka, mereka menceritakan mengenai tempat yang dikenali sebagai Magic Hill yang seolah menentang graviti di Mae Sot Thailand. Di sini, kenderaan berupaya untuk bergerak dengan sendirinya tanpa enjin dihidupkan. Dikatakan hal ini terjadi disebabkan oleh medan elektromagnet di bahagian atas gunung.  Namun sebenarnya, ia disebabkan oleh cerun yang seolah-olah menik dan merupakan ilusi pada mata anda. Cerun kelihatan seperti ia seakan menaik, tetapi sebenarnya ia menurun. OLYMPUS DIGITAL CAMERA "Tempat yang paling mencabar sepanjang perjalanan  adalah Kemboja kerana jalanraya di sana mengamalkan pememanduan di sebelah kanan, jadi kita perlu bersedia untuk perubahan itu!" kata Rusli. "Bahagian tertentu di Thailand sedang mengalami peningkatan taraf jalan raya dan ia telah menjadikan lalu lintas sesak dan perjalanan menjadi lebih lama, dan jalan raya seperti beralun di hampir 200km juga mencabar pergerakan mereka.  Namun kami dapat melaluinya, dan berpuas hati dengan suspensi pada motosikal Sport Rider 125i dan VTS200 dan membolehkan kami melaluinya dengan selesa," katanya. Digital speedometer LCD yang terdapat pada Sport Rider 125i merupakan peralatan kelompok yang amat berguna sekali. "Ia memaparkan masa, kedudukan gear, odometer, tolok bahan api dan  bateri yang benar-benar bermaklumat bagi membantu untuk perjalanan kita," tambah Rusli. OLYMPUS DIGITAL CAMERA Bagi keluarga yang mungkin berminat untuk merancang perjalanan yang serupa, Rusli menasihatkan untuk membuat persediaan dari segi fizikal dan mental.  Penunggang haruslah membawa barangan keperluan termasuk makanan, minuman, ubat-ubatan dan beberapa helai pakaian sebagai persediaan jika berlaku seberang kecemasan. “Kami mencuci pakaian di tempat penginapan menggunakan perkhidmatan kedai dobi. Jadi, kami tidak perlu membawa banyak pakaian dan mampu mengembara dengan bebanan ringan. Kami sering membeli barang keperluan harian di Tesco Lotus atau 7-Eleven sepanjang pengembaraan kami di sana”, ujar Rusli. Untuk membantu mendapatkan laluan yang betul, Rusli menasihatkan penunggang supaya menggunakan sistem GPS yang boleh dipercayai seperti Google Maps. Selain itu jaket menunggang, sarung tangan, topi keledar, kasut dan peralatan menunggang yang lain juga adalah wajib untuk keselamatan. Untuk pengetahuan, keadaan jalan yang berdebu di Kemboja menyarankan anda untuk menggunakan penutup mulut dan hidung. Jadi, sila dapatkannya dari kedai aksesori motosikal tempatan untuk kesediaan. Telefon bimbit yang digunakan sebagai GPS akan melemahkan kuasa bateri. Lantaran itu, anda hendaklah membawa powerbank bersama tetapi jika kehabisan kuasa, Socket Neo pada SYM VTS200 ini boleh digunakan untuk menyelesaikan keperluan pengecasan anda. Rusli mencadangkan supaya membuat  pra-tempahan bagi penginapan dan makanan, ataupun berhenti sebelum hari menjadi gelap jika tidak menempah awal, dan mencari hotel berhampiran. Makanan halal boleh didapati di kedai runcit tempatan dan restoran Muslim yang berada di sepanjang jalan. Penunggang juga diingatkan supaya menggunakan lampu pemanduan siang sepanjang penunggangan, dan nyalakan lampu kecemasan ketika berhenti di bahu jalan untuk menyemak arahan GPS atau menggunakan telefon bimbit. “Pertama sekali saya bersyukur kerana telah berada mengakhiri perjalanan kami dan kembali ke rumah dengan selamat. SYM Sport Rider 125i dan VTS200 adalah motosikal yang berpontensi dan saya pasti akan mengesyorkan kepada orang ramai untuk mencuba perjalanan sebegini jika mereka sukakan cabaran, dan untuk memilih kenderaan yang boleh dipercayai. Saya pasti akan mengesyorkan SYM Sport Rider 125i berenjin dua injap SOHC dengan kuasa 9.5 hp ini," jelas Rusli. [gallery ids="23416,23417,23418,23419,23420,23421,23422,23423,23424,23425,23426,23427,23428,23429,23430,23431,23432,23433,23434,23435,23436,23437,23438,23439,23440,23441,23442,23443,23444,23445,23446,23447,23448,23449,23450,23451,23452,23453,23454,23455,23456,23457,23458,23459,23460,23461,23462,23463,23464,23465,23466,23467,23468,23469,23470,23471,23472,23473,23474,23475,23476,23477,23478,23479,23480,23481,23482,23483,23484,23485,23486,23487,23488,23489,23490,23491,23492,23493,23494,23495,23496,23497,23498,23499,23500,23501,23502,23503,23504,23505,23506,23507,23508,23509,23510,23511,23512,23513"]