Turbo, Supercharged dan Big Twin dari Suzuki dalam 2017

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Suzuki sudah menutup kilang pemasangan motosikalnya di Seberang Perai tahun ini dan ia mengumumkan akan hanya memberi fokus kepada penjualan motosikal besar. Mungkin ia sesuatu yang menarik kerana tahun hadapan, syarikat motosikal itu mempunyai tiga kejutan yang bakal membuatkan peminat motosikal dunia teruja. Tahun 2015 dan 2016 melihat syarikat Jepun itu membuat permohonan hakcipta untuk tiga jenis enjin motosikal baharu. Dalam bulan Julai 2015 berita Suzuki memfailkan permintaan hakcipta untuk pelan lukisan teknikal model Suzuki Recursion, sebuah motosikal dengan fairing berenjin 588 cc konsep Cafe Racer modern dengan enjin turbo. Model konsep Recursion pernah dipertontonkan tetapi lukisan teknikal ini menunjukan bentuk produksi motosikal tersebut. suzuki-turbo-careta-1 Ia juga datang dalam bentuk naked dengan enjin turbo, seperti gambarajah di bawah. suzuki-turbo-careta-2Kemudian lukisan teknikal sebuah enjin Suzuki pula menunjukan sebuah enjin dengan teknologi supercharger. suzuki-turbo-careta-3 Pada September lalu, Suzuki sekali lagi mempertontonkan sebuah enjin V-twin dengan darjah V sempit yang mungkin menjadi penjana baharu untuk model V-Strom. suzuki-turbo-careta-4 suzuki-careta-turbo-5 Ada juga yang berkata versi turbo untuk enjin V-Twin itu mungkin boleh digunakan untuk model roadster sporty seperti model TL1000 dalam tahun 1990-an. Sebenarnya, Suzuki masih lagi tidak ada pengganti untuk model-model legenda mereka dan dengan enjin-enjin ini, diharapkan Suzuki mampu memberikan sedikit keseronokan di dalam dunia dua roda yang sekarang ini kelihatan sedikit hambar.