Toyota belum tentukan C-HR bakal dijual di Malaysia atau tidak

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Toyota Motor Asia Pasifik (TMAP) yang bertanggung-jawab akan operasi pemasangan, pemasaran dan penjualan produk-produk Toyota di rantau ini sebenarnya belum lagi membuat keputusan akan menjual model terbaharu C-HR itu di Asean ataupun Malaysia. Model C-HR dilancarkan pada tahun ini dan sudah mula dijual di negara-negara Eropah termasuk United Kingdom. Harga C-HR di UK bermula dari RM116,000 (model FWD, 1.2L turbo dengan transmisi manual 6-kelajuan), bermakna Toyota meletakan C-HR ini lebih mahal dari model Honda HR-V. Jika logik itu digunakan di sini, pastinya UMW Toyota yakin ia mampu melawan HR-V dan juga Mazda CX3 CKD. chr-2-careta Pasaran crossover kompak mula popular selepas Honda Malaysia melancarkan model HR-V yang begitu laris jualannya. Walaupun ia menggunakan platform segmen B, harganya berada di bawah sedikit dari harga model-model kereta di dalam segmen C. Dua jenis enjin digunakan di UK - enjin 1.8L hibrid 122hp dan 1.2L turbo 115hp.  Model C-HR atau Coupe High-Rider mula dipertontonkan di Pameran Kenderaan Geneva dalam bulan Mac lalu. Careta berpendapat sekiranya Toyota mahu memasang model C-HR dengan enjin 1.8L hibrid, ia mampu mempunyai kelebihan dari segi harga kerana model hibrid yang dipasang di dalam negara akan menikmati potongan cukai maksimum. Ini ialah kerana kerajaan mahu mempromosikan pemasangan kenderaan-kenderaan cekap tenaga (EEV) di dalam negara dan pemasangan hibrid tempatan bakal mencipta vendor-vendor tempatan yang arif dalam teknologi hibrid dan teknologi moden yang lain. Buat masa sekarang, UMW Toyota memasang model Camry Hybrid di Shah Alam. Selagi TMAP tidak membuat keputusan muktamad, sehingga itu kita hanya mampu bersimpuh menadah tangan ke langit sambil berdoa. Careta merasakan tindakan tidak memasang C-HR di Malaysia bakal merugikan UMW Toyota. chr-careta-1