Harga bahan bakar bakal naik esok

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Harga petrol RON95 dan diesel dijangka akan meningkat bermula 1 Januari 2017 kerana kenaikan harga minyak mentah di dalam pasaran dunia bulan ini. Berita itu dikongsi oleh Lokman Noor Adam, pengarah komunikasi strategik Kementerian Kewangan. Menurut beliau, harga petrol RON95 dan diesel ditetapkan melalui harga purata pasaran minyak dunia untuk sebulan, dan faktor nilai ringgit berbanding dengan dolar US. “Purata bermakna harga-harga dari 1 haribulan hingga ke 30 atau 31 haribulan, kemudian dibahagi 30 atau 31 hari. Ia bukannya bergantung kepada nilai semasa bahan mentah itu pada akhir bulan,” terang beliau. Dengan pengukuhan dolar US berbanding ringgit, kos pembelian bahan mentah itu juga meningkat dan kerana itu akan ada kenaikan pada harga pasaran. Desas desus pasaran mengatakan harga petrol RON95 dan diesel akan naik sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.00 seliter dan RM1.95. Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi malam ini.