Suzuki Swift generasi ke-4 diperkenalkan

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Dengan rasminya, inilah dia Suzuki Swift terbaharu. im0000004173 Ia hadir dengan rupa, platform dan pilihan enjin baharu yang memang jauh lebih menarik dari Swift sebelum ini. Dari segi ukuran, Swift baharu ini lebih panjang secara keseluruhan (ditambah sebanyak 10mm) jarak antara roda depan dan belakang juga lebih panjang (sebanyak 20mm) tetapi sama lebar dengan model sebelumnya. im0000004178 Dilancarkan untuk pasaran Jepun (atau dikenali dengan model “JDM”) spesifikasi Swift generasi keempat ini dilancarkan dalam empat “citarasa” iaitu, RSt, Hybrid RS, RS, Hybrid ML, XL dan XG. styling5 Ya - sekarang ada model hibrid dalam barisan model Swift. Hybrid RS dan Hybrid ML menggunakan enjin K12C 1.2-liter injektor kembar Dualjet 4 silinder (91 PS pada 6000 rpm dan 118 Nm pada 4400 rpm) tetapi dengan tambahan kuasa dari motor elektrik yang menjanakan 3.1PS/50 Nm. Kotak gear model hibrid ini ialah jenis CVT, dengan pilihan pacuan dua dan empat roda. im0000004182 im0000004156 im0000004157 Terdapat juga enjin K10C, yang menjanakan varian RSt, iaitu 1.0-liter 3 silinder Boosterjet berkuasa turbo yang menghasilkan 102 PS pada 5500 rpm dan 150 Nm tenaga tork dari 1700 ke 4,500 rpm. Kotak gear ialah jenis manual enam kelajuan, berpacuan roda depan. Model RS, XL dan XG pula mendapat pilihan kotak gear lima kelajuan atau CVT. im0000004161 im0000004160 Swift baharu ini berdiri atas platform baharu dinamakan Heartect, yang dikatakan lebih kukuh dari dahulu, memberikan kelebihan dari segi prestasi dan pengurangan berat. Berat Swift baharu ialah antara 840 kg dan 970 kg, jauh lebih ringan dari model generasi sebelumnya. im0000004155 im0000004153 Walau bagaimanapun, sistem suspensi dikekalkan sama seperti sebelumnya, iaitu jenis MacPherson pada bahagian hadapan dan alur kilasan (torsion beam) di bahagian belakang. Hiasan ruang dalam juga jauh lebih mewah dan lengkap dari model generasi sebelumnya, dengan skrin yang menawarkan Android Auto dan Apple CarPlay. im0000004169 im0000004167 im0000004163 Swift baharu ini akan dilancarkan secara global di Pertunjukkan Permotoran di Geneva nanti. Tunggu laporannya.