Mengapa perlu penyerap kejutan Öhlins?

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Di masa kini, anda mempunyai pelbagai pilihan penyerap kejutan yang ditawarkan dalam pasaran. Terdapat pelbagai jenama dan model penyerap kejutan yang mampu memberikan prestasi yang anda inginkan baik bagi penambah-baikan tunggangan harian motosikal anda mahupun untuk kegunaan perlumbaan, dalam bentuk tiub tunggal mahupun penyerap kejutan dengan teknologi omboh dan tiub berkembar. Penyerap kejutan yang asal dipasang pada motosikal anda direka untuk kegunaan "normal". Jika anda ingin menunggang motosikal anda lebih dari kegunaan biasa atau perlu membawa bebanan lebih berat daripada yang telah direka bagi motosikal anda, besar kemungkinan bahawa gantungan asal motosikal anda  mungkin tidak mampu untuk mengendalikan tugasan tersebut. Ia berkemungkinan melibatkan bagasi yang berat untuk pelancongan atau balik kampung, mahupun bagi kegunaan hari trek atau perlumbaan, atau sekadar anda kurang menggemari cara suspeni asal anda bertindakbalas dalam cara yang tidak anda ingini sewaktu penunggangan harian. 20140923_105657 Öhlins atau Öhlins Racing AB merupakan pengeluar sistem suspensi berprestasi tinggi untuk kegunaan automotif, motosikal, kereta salji, dan juga ATV. Ia telah diasaskan di Upplands Väsby, utara Stockholm, Sweden. Syarikat itu juga menghasilkan jenis-jenis komponen motosikal, termasuk peredam stereng (steering damper) dan sistem pacuan dua roda. Berdasarkan tawaran model motosikal semasa, Öhlins kini menawarkan pelbagai model penyerap kejutan yang direka bagi disesuaikan dengan kehendak harga dan prestasi motosikal anda. Öhlins telah menghasilkan lebih daripada 300 model penyerap kejutan yang berbeza, di mana setiap model adalah direka khusus untuk satu motosikal tertentu. 20140922_141539 Kami telah berpeluang menguji penyerap kejutan model YA 110001 yang dikeluarkan khusus bagi Yamaha 135LC yang menjadi kegemaran ramai pengguna motosikal Malaysia. Pemasangan adalah mudah kerana persediaan asas, reka bentuk susunan shim dan penentukuran pelarasan kesemuanya telah dibuat hasil ujian sebenar dengan model motosikal tersebut di jalan raya dan trek. Ujian pemasangan dan tunggangan nyata telah membuktikan konsep semua produk Öhlins, yang menyediakan ketepatan kawalan ke atas daya redaman dan merupakan kunci kepada prestasi produk Öhlins. Ianya didatangkan dengan takung minyak luaran bagi simpanan minyak yang lebih banyak lantas memberikan lebih kawalan terhadap aliran minyak dan redaman ayunan. Terdapat satu punat kawalan di atas takungan tersebut bagi memudahkan anda mengawal jumlah redaman yang anda inginkan. 20140915_122103 Penggunaan takungan minyak yang digabungkan dengan penggunaan spring yang direka khusus untuk motosikal ini menghasilkan kawalan jentera yang terasa amat berbeza dengan penyerap kejutan stok, dan membolehkan anda menangani selekoh dan juga kawalan libas-balik kiri dan kanan jentera yang terkawal dan meyakinkan, dengan redaman jentera tanpa ayunan yang mampu membuatkan anda hilang kawalan jentera. Dalam masa yang sama, maklum balas yang diberikan oleh penyerap kejutan Öhlins itu juga adalah baik kerana ia memberikan gambaran sebenar tentang apa yang sedang dihadapi dalam tunggangan anda. Ini sekaligus meningkatkan keyakinan dan meningkatkan kawalan jentera lantas menjadikan tunggangan anda lebih baik. ohlins135lc Öhlins YA 110001 ini ditawarkan dengan harga lebihkurang RM2660.00, dan didatangkan dengan jaminan produk selama dua tahun. Sepertimana kesemua penyerap kejutan Öhlins, ianya juga boleh diservis dan ditukar alatganti, membuatkan ianya satu pelaburan jangkapanjang yang berbaloi dengan harganya. Dapatkannya jika anda ingin meningkatkan lagi prestasi kawalan jentera Yamaha 135LC anda.  Layari www.facebook.com/OhlinsMalaysia. 20140915_113844 20140915_113742 20140915_113732 20140915_111830 20140923_101716