Chevrolet Beat Activ Concept muncul di India

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Inilah Chevrolet Beat Activ Concept, kereta konsep yang telah dipertunjukkan di Delhi Auto Expo di India baru-baru ini. chevrolet-beat-activ-18_1600x0w chevrolet-beat-activ-2_1600x0w Ia berdasarkan model segmen B Chevrolet Beat (atau Spark) yang diperkenalkan di pertunjukkan permotoran di Los Angeles, Amerika Syarikat pada bulan yang sama. Kehadiran model ini telah dilaporkan oleh www.indianautosblog.com. Model ini bakal dikeluarkan di kilang Chevrolet di Talegaon, India untuk dipasarkan di sana. Ia adalah antara 3 model GM India yang berdasarkan platform baharu dipanggil M300 Beat. chevrolet-beat-activ-13_1600x0w chevrolet-beat-activ-15_1600x0w Kereta yang bakal dijual nanti dijangkakan tidak banyak mempunyai perubahan dari model pra-produksi yang ditampilkan ini. Lampu depan dan lampu kabus jenis LED pada model konsep ini sahaja yang akan diubah apabila dikeluarkan nanti. Yang istimewa ialah ketinggiannya yang ala SUV, juga hiasan-hiasan rugged seperti bahagian-bahagian plastik penahan calar bumper dan tepi berwarna gelap, pemegang bumbung dan plet geseran bawah kereta. chevrolet-beat-activ-7_1600x0w chevrolet-beat-activ-12_1600x0w Spesifikasi ruang dalamnya menarik: ia menampilkan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto pada sistem infotainment skrin sentuh 7 inci, dan antara lain fungsi jarak jauh masuk tanpa kunci dan kamera pandang belakang. Tetapi versi yang dijual di India bakal dipasang dengan sistem infotainment Chevrolet MyLink. chevrolet-beat-activ-16_1600x0w Model Beat Activ ini akan ditawarkan dalam bentuk varian enjin Smartech 1.2-liter 3 silinder petrol (76.8bhp/106.5Nm) dan 1.0-liter diesel (56.3bhp/142.5Nm). Enjin diesel yang digunakan adalah dari jenis Smartech yang telah diperbaharui dari model Beat lama. Enjin petrolnya pula ialah versi kapasiti kecil enjin Spark 1.4-liter Ecotech. Kedua-duanya akan disambung pada kotak gear 5 kelajuan. Dijual pada harga Rs. 5 lakh ke Rs. 7.5 lakh, Beat Activ akan menjadi saingan Mahindra KUV100 dan Maruti Ignis.