Honda Odyssey 2018 kan tampil

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Minivan Honda Odyssey 2018 serba baharu akan membuat penampilan debut globalnya di North American International Auto Show pada 9 Januari 2017 ini. Generasi kelima Honda Odyssey telah benar-benar direka semula dan akan menampilkan teknologi enjin baharu, gaya canggih dan mempamerkan ciri-ciri inovatif, menjadikan ia yang paling mesra keluarga dalam reka bentuk dan penampilan keseluruhan. Honda Odyssey telah secara konsisten memenuhi perubahan keperluan keluarga Amerika melalui pengeluarannya selama lima generasi. Ia merupakan minivan paling popular dengan pembeli kereta Amerika untuk enam tahun berturut-turut, dan masih mengekalkan takhta itu untuk 2016. Di samping itu, Honda Odyssey juga merupakan minivan yang paling popular dengan pembeli yang berusia bawah 35 tahun pada setiap tahun sejak 2010, dan hampir 2.5 juta van mini Odyssey telah terjual di Amerika Syarikat sejak ia nya mula diperkenalkan pada tahun 1994. Sama sama kita nantikan penampilannya tahun hadapan.