Kawasaki J tiada berstereng atau hendal

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Persempadanan antara kereta dan motosikal telah menjadi agak kabur sejak kebelakangan ini dengan kemunculan pelbagai kenderaan berlandasan sempit yang memaparkan dua, tiga dan empat roda. Satu lagi konsep motosikal yang menarik adalah dari Kawasaki yang mempamerkan seni bina tiga roda bagi kenderaan elektrik konsep mereka. Mula dipertontonkan dalam tahun 2013 di Tokyo Motorshow dahulu, Kawasaki J adalah kenderaan elektrik beroda tiga. Ia mempunyai dua roda depan dengan sebatang hendal dihubung pada setiap roda secara berasingan. Roda depan boleh kekal rapat untuk ketirusan pada kelajuan tinggi atau terpisah semakin menjauh dalam mod pelayaran atau santai. kawasaki_j_3_wheeler_concept_12 Malah bila Kawasaki mula mula mengumumkan pengeluaran Kawasaki J300 dahulu, ramai yang menaruh harapan bahawa inilah model yang akan mereka tawarkan ...... J mampu berubah bentuk di antara kedudukan menunggang rendah menunduk (sport) untuk membolehkan penunggang untuk mengambil selekoh pada kelajuan tinggi, dan juga kedudukan yang lebih tinggi (Comfort Mode) di mana jarak antara roda depan diperluas untuk penunggangan bandar yang lebih santai. kawasaki_j_3_wheeler_concept_9 kawasaki_j_3_wheeler_concept_8 kawasaki_j_3_wheeler_concept_7 J ini tidak dilengkapkan dengan hendal atau roda stereng, sebaliknya menggunakan dua tuil berasingan untuk mengarahkan haluan motosikal ini. Saksikan video berikut untuk memahaminya dengan lebih lanjut. [embed]https://youtu.be/8P0DkEUGy_U[/embed]