Motiv gunapakai konsep kasut roda

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
axial-motiv-three-wheeler-motorcycle-768x457 Saksikan video dan gambar motosikal ini. Ia nya memang bukan sesuatu yang baharu sebenarnya, tapi menarik untuk dikongsi lagi. Arkitek dan pereka Perancis, Julian Rondino telah mencipta konsep motosikal beroda tiga luar biasa yang dipanggil A3W, iaitu kependekan untuk Axial Motiv Three-Wheeler. Perbezaan yang ketara diantara A3W dan lain-lain jentera konvensional tiga roda adalah bahawa ketiga tiga roda 14 inci motosikal konsep ini tersusun dalam satu barisan. [embed]https://youtu.be/cVfwMNtCpvE[/embed] Ciri-ciri utama A3W: Tiga roda 14 inci dalam sebaris Unit hab stereng mekanikal hadapan Pacuan talisawat-dan-takal pada roda tengah Enjin V-kembar KTM 999cc Ergonomik boleh laras Motiv A3W menjanjikan kestabilan mengambil selekoh dengan laju memandangkan roda belakangnya akan mengimbangi daya emparan yang akan menyelamatkan motosikal dari terbabas keluar. Pada asasnya ia seolah menambah satu lagi roda di belakang motosikal konvensional. Bila ia nya akan dikeluarkan? belum ada berita, mungkin kerana kekangan kewangan atau harga yang tinggi bagi paten idea ini. three-wheeled-motorcycle-concept-wheels-in-line-768x457