Persona - memang antara yang terbaik

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Persona ialah antara model yang banyak membantu Proton. Generasi pertama dihasilkan dari platform Gen2, tetapi diubahsuai dengan banyak agar ia lebih berkualiti dan lebih selesa dari Gen2. Ini ialah kerana Gen2 mempunyai fokus yang lebih ke arah pemanduan sporti sedangkan Persona pula lebih kepada sebuah sedan keluarga. Sambutan pasaran terhadap Persona generasi pertama memang menggalakan dan tidak salah jika kita katakan ia adalah pengganti sebenar kepada Proton Wira. Ramai yang masih menggunakan Persona itu. proton-persona-2016-putrajaya-web-2-2 Persona 2016 ialah generasi kedua dan ia menggunakan platform Iriz hatchback. Oleh kerana Iriz memang sebuah hatchback sejati, tidak seperti Gen2 yang mempunyai rekabentuk yang lebih panjang dan rendah, ala-ala bentuk Aeroback. Mungkin kerana itu, bentuk Persona 2016 sedikit menonggek di belakang, sama seperti Honda City sedan generasi pertama yang diasaskan dari Jazz, atau seperti Fiesta Sedan dan Mazda2 Sedan sebelum ini. proton-persona-2016-putrajaya-web-15 [gallery columns="2" size="medium" ids="22201,22202"] Apa pun, design atau rekabentuk adalah sesuatu yang subjektif dan Careta rasa Persona 2016 ini "not too bad" dan agak kacak. Peluang untuk memandu uji Persona 2016 selama seminggu diberikan oleh Proton baru-baru ini. Di bawah ialah apa yang kami rasakan mengenai sedan keluarga serba modern dari Proton itu.
  • Sedan untuk keluarga perlu ada tiga unsur utama - luas, selesa dan berkuasa. Persona ada ketiga-tiga unsur itu.
  • Walaupun diasaskan dari Iriz, Persona ini telah diperbaiki dari segi NVH - Noise, Vibration and Harshness.
  • Perubahan yang dilakukan untuk memastikan NVH diturunkan agar Persona ini senyap termasuk perubahan kepada mounting enjin. Proton hanya menggunakan tiga mounting berbanding empat, dan ini menyebabkan semakin kurang gegaran ditransmit ke badan dan kabin kereta itu.
  • Mounting atau pemegang enjin juga direka baharu agar lebih baik menyerap frekuensi gegaran.
proton-persona-2016-putrajaya-web-2
  • Sistem ekzos dibuat balik untuk menghilangkan masalah bunyi bergaung yang wujud pada Iriz.
  • ECU (Electronic Control Unit) diubah juga agar kelajuan enjin di kawal supaya meningkat dengan lebih sekata dalam julat yang rendah bila Persona 2016 dipecut. Ini menyebabkan ruang kabin jauh lebih senyap bila pendikit ditekan habis.
  • Transmisi CVT oleh Punch sebenarnya sama dengan yang diguna-pakai oleh Iriz dan model-model Proton yang lain (kecuali Ertiga dan Perdana 2016) tetapi ia telah diperhalusi oleh jurutera-jurutera Proton. Ia kini lebih responsif dan tidak begitu lembab. Masih ada sedikit sebenarnya rasa lembab bila enjin dipaksa dari pegun, namun ia tidak seteruk Iriz. Malah, oleh kerana kadar bunyi sudah banyak diturunkan, enjin tidak terasa seperti sedang diteran. Ini yang memberikan "rasa mahal" pada Persona.
proton-persona-2016-putrajaya-web-36 [gallery size="medium" ids="22221,22223,22224"]
  • Satu lagi yang kami perasan ialah bagaimana Proton sudah tahu cara untuk menutup masalah "flat spot" atau rasa sebu pada kelajuan enjin rendah. Itu, atau enjin 1.6l VVT ini memang ditala agar tidak lagi ada masalah tersebut.
  • Bercerita tentang enjin 1.6L VVT itu, Persona tidak menggunakan pilihan enjin lain. Enjin tersebut menghasilkan 107 hp pada 5,750 rpm dan 150 Nm pada 4,000 rpm. Cukup untuk kenderaan dalam julat harga ini.
  • Careta juga dapat merasakan perubahan dalaman yang dilakukan oleh Proton untuk Persona ini. Bunyi tayar dan angin sebenarnya berada di tahap yang jauh lebih rendah dari sebelumnya dan di lebuhraya, ia rasa lebih selesa kerana tidak ada bunyi bingit yang memenatkan penumpang.
[gallery columns="2" size="large" ids="22229,22233"]
  • Sistem gantungan Persona sebenarnya ialah senjata utama Proton di dalam saingan sedan segmen B ini. Cuba pandu model-model lain di dalam segmen B ini yang rata-rata berharga di bawah RM100,000 dan kami yakin, anda akan rasa betapa efektifnya sistem gantungan Persona ini.
  • Oleh kerana kadar bunyi di dalam kabin sudah rendah, permainan sistem gantungan dapat dirasakan dengan lebih selesa dan ini yang menyebabkan Careta rasa teruja sangat. Kenderaan yang biasanya senyap, laju dan mempunyai dinamik pengendalian yang baik ialah kenderaan dari Eropah. Untuk disamakan Persona ini dengan Mercedes-Benz, Audi atau BMW ialah melampau dan tidak logik (sekarang) tetapi jika kita bandingkan dengan jenama-jenama Eropah yang lain, ada keserasian dari sifat pemanduan Persona ini. Mungkin hanya mereka yang pernah memandu uji Persona 2016 ini bersetuju kerana keseronokan pemanduan ialah sesuautu yang sukar untuk diterangkan.
proton-persona-2016-putrajaya-web-35
  • Dari segi penggunaan bahan bakar, Persona ini mempunyai lampu Eco yang membantu kita memandu di dalam julat pemanduan ekonomi. Selalunya, lampu Eco itu bernyala apabila kami memandu di bawah kelajuan 90 kmsj, atau pada kelajuan 110 - 120 kmsj dengan meluncur santai di lebuhraya. Pemanduan dalam mod Eco ini memberikan kami pulangan penggunaan bahan bakar antara 8 ke 9 liter setiap 100 km. Di dalam bandar, nilai tersebut naik melebihi 10 liter setiap 100 km.
  • Prestasi sebenar Persona 2016 benar-benar dapat dirasakan apabila kami memandu Persona itu keluar dari Kuala Lumpur dan menggunakan jalan-jalan gred B (B-roads) atau jalan persekutuan. Ini umpama kita memandu pulang ke kampung.
  • Kami rasakan tidak banyak kenderaan di dalam segmen ini yang mempunyai pengendalian sebaik Persona 2016. Refinement atau penghalusan dalam pemanduan Persona ini sangat mempersonakan. Ia selesa, lubang yang dilanggar diserap umpama sedan Eropah mewah dan tork yang cukup untuk memotong kenderaan lain dengan mudah.
proton-persona-2016-putrajaya-web-4-2
  • Paling seronok bila kita mula melayan selekoh-selekoh - Persona 2016 ini stabil dan feedback dari stereng cukup baik untuk memberikan keyakinan kepada pemandu. Casis atau kerangka juga memberikan rasa yang meyakinkan. Tidak banyak kereta kelas pertengahan yang boleh memberikan rasa ini dan tanpa kami sedari, kami banyak tersenyum kerana berpuas hati dengan pemanduannya.
  • Paling menarik ialah apabila kami sendiri mendengar komen-komen positif dari pemilik-pemilik kenderaan Jepun yang sekelas dengan Persona 2016. Pemanduan dan keselesaan adalah antara yang menjadi pujian mereka.
  • Pemandu wanita yang kami berikan peluang untuk memandu uji Persona ini turut bersetuju bahawa pemanduan Proton sangat meyakinkan.
[gallery size="medium" ids="22226,22211,22215"]
  • Komen negatif pula lebih kepada bunyi - ada yang beranggapan ia patut lebih senyap, dan juga pada penggunaan bahan bakar - ia patut lebih rendah.
  • Dari segi kelengkapan dan aksesori, papan pemuka Persona 2016 sarat dengan butang dan skrin-srkin LCD - menjadikan ia nampak moden.
  • Penggunaan dua tona warna dalam kabin juga disambut baik. "Terasa mahal", antara komen yang kami terima.
  • But seluas 510 liter lebih dari mencukupi untuk seisia keluarga. Kerana but besar inilah bahagian sisi Persona ini nampak sedikit "kosong". Apapun, stylist Proton berjaya menjadikan ia nampak sedikit anggun dengan permainan lekuk pada dinding sisi Persona ini.
[gallery size="medium" ids="22234,22232,22196"]
  • Seperti Iriz, Persona datang dengan dua pengecaj USB di hujung konsol tengah. Kami kira ini sangat praktikal. Syabas. Mungkin selepas ini, pengecaj tanpa wayar pula ya Proton?
  • Bagi penulis, ini ialah "benchmark" atau tanda aras yang sepatutnya Proton gunakan untuk semua model-model mereka. Persona 2016 ini mampu untuk jadi lebih senyap, seperti Saga 2016 namun Saga itu mempunyai kabin yang lebih "basic" atau asas dan Persona lebih mewah.
  • Dari segi keselamatan, pengendalian yang baik oleh Persona mengurangkan risiko untuk pemandu hilang kawalan. Dan sekiranya itu terjadi, sistem penstabil elektronik VSC (Vehicle Stability Control) ada untuk membantu mengembalikan kawalan kenderaan, insya Allah.
proton-persona-2016-putrajaya-web-16 Secara ringkas, Persona 2016 membuktikan Proton mampu menghasilkan jentera yang selesa, selamat (5-bintang Asean NCAP ya) dan sedap dipandu. Terpulang kepada warga Proton untuk memastikan kualiti pemasangan di tahap terbaik agar Proton mampu mengeksport kenderaan ini ke pasaran luar kerana dari apa yang kami lihat, tidak ada sebab Persona ini tidak boleh dijual di pasaran maju seperti Australia. Persona dijual dengan harga bermula dari RM46,800 untuk model Standard Manual, RM49,800 untuk Standard CVT, RM55,800 untuk Executive CVT dan model pandu uji kami ini ialah dari varian Premium CVT dengan harga RM59,800. Waranti ialah 5-tahun atau 150,000 km - jadi selagi anda setia membuat servis Persona ini di pusat servis Proton, segala masalah, jika wujud, akan dibaiki dengan percuma di bawah waranti.   [gallery size="medium" ids="22190,22227,22222,22220,22216,22214,22213,22212,22210,22208,22205,22203,22193,22192,22195,22228,22217,22235,22191"]