Anda suka Kei-car? Ini dia MPV Kei-car yang terbaharu dari Suzuki yang dinamakan Spacia Custom Z.
Spacia Custom Z mempunyai depan yang lebih agresif dari Spacia biasa. Bonnet depan lebih tinggi dan rata serta mempunyai gril dalam ton hitam dan titanium.
Saiz Spacia ini amat kecil bagi sebuah MPV Panjangnya hanya berukuran 133.6 inci dan mempunyai lebar 58 inci. Akan tetapi ketinggian bumbungnya memberikan ruang cukup luas bagi penumpang.
Enjinnya berkapasiti 0.66-liter tiga silinder turbo, cukup berupaya untuk membawa kereta kecil ini kemana-mana. Kotak gear adalah jenis CVT dan ia juga berpacuan empat roda.
Ruang dalamannya cukup moden dan tempat duduknya serba guna untuk seisi keluarga walaupun kelihatan sangat kecil dari luar.
Patutkah ia diperkenal di Malaysia?