MV Agusta Brutale 1200 mungkin tampak serupa

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Dalam satu satunya wawancara selepas menjual antara 30 dan 40 peratus saham firma induk  MV Agusta Holdings kepada kumpulan pelaburan Anglo-Rusia Black Ocean, bos MV Agusta Giovanni Castiglioni menyatakan bahawa penyusunan semula syarikat itu akan mengambil halatuju yang berbeza. Wawancara eksklusif oleh Alan Carthart yang disiarkan oleh Australia Motosikal News itu telah menyaksikan pandangan Castiglioni: "Menghasilkan model mewah dalam jumlah rendah, tetapi dengan tahap prestasi yang sangat tinggi kualitinya untuk pasaran motosikal super premium." Beliau menambah: "Untuk mengurangkan penjualan motosikal, tetapi menjualnya dengan cara yang lebih baik, di samping memberi tumpuan kepada kualiti bagi mensasarkan pasaran super-premium di mana margin keuntungannya adalah lebih baik." Kapasiti pengeluaran MV Agusta akan dikurangkan dari lebih 10,000 sekarang kepada hanya 5,000 unit setahun, dn ini telah menyebabkan pengurangan tenaga kerja, daripada lebih 300 ke hanya 190, manakala bilangan mereka yang bekerja di penyelidikan dan pembangunan (R & D) menurun dari 70 orang ke 40 orang kini. castiglioni Castiglioni (gambar) telah mendedahkan situasi MV Agusta sekarang, dengan berkata bahawa mereka kekurangan dana ke arah pembangunan superbike baru. Ini juga bermakna bahawa MV hanya akan meningkatkan kapasiti barisan model Brutale untuk menghasilkan motosikal naked 1200cc. "Kami sedar Brutale 1200 akan sangat menarik minat pasaran, jadi kami akan menumpukan perhatian ke arah itu," katanya. Kekurangan tunai untuk pembangunan idea baharu ini juga boleh bermakna bahawa versi Brutale 1200 kelak tidakkan terlalu banyak berbeza dari versi 800cc sekarang (gambar utama) .