RKM tawar rantai kualiti perlumbaan

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nama RK telah begitu sinonim dengan kualiti sejak Syarikat RK Takasago pertama memulakan pengeluaran rantai penghantaran akhir untuk motosikal seawal 1953. Rantai RK Takasago juga menjalani proses penyelidikan dan pembangunan prestasi tinggi rantai untuk kegunaan pada motosikal moden selama lebih tiga puluh tahun. RK juga telah menghasilkan teknologi terkini dalam bidang khusus dengan penghasilan rantai U-Ring ultra-nipis Teflon menjadi contoh klasik komitmen RK untuk penyelidikan dan pembangunan yang  berterusan. Oleh tidak hairanlah RK Takasago menghasilkan rantai untuk sebilangan besar pengeluar OEM seperti Honda, Yamaha, Suzuki dan Kawasaki. img_8399 img_8398 RK 428 KLO merupakan rantai terkini untuk motosikal 150CC - 200cc. O-ring dalam rantai ini membantu mengekalkan pelinciran, dan membantu untuk memanjangkan lagi ketahanan rantai anda. ia menawarkan prestasi tinggi, tahan lama dan juga ringan. Rantai KLO adalah gred standard rantai jalan RK dengan "O-ring" yang dibuat daripada komposit maju Nitrile Butadiene untuk prestasi maksimum dan ketahanan. Semua rantai RK O-ring dibuat oleh teknologi ketepatan pemasangan yang tinggi dioptimumkan untuk mengedap gris dan kawalan geseran. Semua komponen rantai dibuat dari aloi keluli karbon tinggi yang dirawat-haba, dengan penggelek lancar dan sesendal bertebing. m8k20n Jika anda inginkan rantai yang tahan seperti yang digunakan dalam perlumbaan, rantai keluaran RK Takasago tentunya boleh dijadikan pilihan yang mampu memberikan prestasi yang tidak diragui lagi untuk kegunaan jalanraya. RK Takasago juga dengan bangganya melibatkan diri dengan pasukan lumba pengilang di Australia termasuk Suzuki, Honda, Husqvarna, Aprilia dan MV Augusta. Beberapa pasukan perlumbaan kelas dunia juga menaruh keyakinan kepada rantai RK Takasago untuk memastikan kebolehpercayaan dan prestasi jentera mereka. Dengan sokongan daripada peminat motosikal di seluruh dunia selepas lebih lima puluh tahun pencapaian dan pengalaman dalam teknologi pembuatan rantai penghantaran, RK Takasago menawarkan teknologi rantai untuk kegunaan jalan raya dan  juga pesisir jalan (off-road) yang memenuhi permintaan dan kehendak penunggang motosikal hari ini.