KTM 390 Adventure 2018 kenampakan ditunggang uji

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Satu lagi rahsia syarikat Austria, KTM telah terdedah iaitu KTM 390 Adventure baharu. Jentera itu dilihat menjalani ujian jalan raya di Eropah, dan muncul dalam keghairahan penantian kemunculan motosikal seperti G310GS BMW, Suzuki V-strom 250 dan Kawasaki Versys X 300 yang telah pertontonkan di pelbagai pertunjukkan motosikal di Jerman, Milan dan UK kebelakangan ini. sb1_8716-1 Seperti yang boleh anda jangkakan, setakat ini tiada butiran mengenai Adventure terbaharu ini, dan kita mungkin perlu menunggu sehingga ia dilancarkan secara rasmi pada tahun 2017. Namun apa yang boleh kita jangkakan adalah ia nya akan didasarkan kepada platform yang sama seperti RC390 dan Duke 390 yang dikemaskini baru baru ini. Motoasikal dalam gambar-gambar ini kelihatan seperti ia nya dibekalkan lengan ayun yang lebih gemuk dari jentera jalanan bagi menangani keperluan lasak luar jalan. Malah roda depan kelihatan seperti 19 inci malah mungkin jua berakhir menjadi pilihan 21 inci untuk motosikal luar jalan atau off-road sebenar, manakala roda belakang kelihatan seperti bersaiz 17-inci. sb1_8728-1 Penggayaan pada motosikal kecil ini kelihatan seperti KTM R Enduro yang tipikal,  dengan plat pelindung enjin, pengadang tangan dan ekzos tinggi. Angkup Brembo tunggal mengapit cakera brek dan fork depan dan penyerap kejutan belakang mempunyai banyak ruang kelegaan untuk menyerap tunggangan yang kasar. Ketua Pegawai Eksekutif KTM Stefan Pierer sebelum ini ada menyatakan bahawa KTM 390 Adventure ini mungkin akan tampil dalam tahun 2019, namun tidak sukar untuk membuat kesimpulan bahawa ia akan menjadi sebahagian daripada barisan model untuk 2018 bagi jenama oren ini, memandangkan ia nya telah hampir siap dan menjalani ujian jalanan. sb1_8733-1 Sumber: Morebikes.uk