Modi menarik Yamaha MT-03

oleh Careta.my|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Manusia memang sukakan kelainan, terutama sekali pemilik motosikal! Lihat saja kepelbagaian yang dipamerkan di pertunjukkkan dan perhimpunan motosial tempatan. Di sini kami paparkan hasil kerja salah satu modifikasi yang telah dilakukan oleh Kingston Customs di Jerman ke atas sebuah motosikal Yamaha MT-03. Pada asasnya ia adalah sama dengan model MT-03 asal dari segi enjin dan komponen utama tetapi  KC telah melakukan modifikasi luaran yang membuatkan ia nya menjadi sesuatu yang benar benar berbeza. 014-4799-motor-rausch2016-yamaha-mt320-eu-race-blu-studio-002 Di antara perubahan yang telah dilakukan adalah penggunaan tayar off-road, tangki petrol aluminium buatan tangan, pelana yang diperbuat daripada gentian kaca dan ekzos turut ditukar kepada jenis Hurricane. Malah papan pemukanya turut digantikan dengan blok digital kecil dan lampu standard telah ditukar kepada dua lampu sorot jenis LED yang disesuaikan di bawah plet nombor perlumbaan plastik. yamaha-mt-03-dirt-trak-by-moritz-bree-dirk-oehlerking-kingston-custom-uffi-4 yamaha-mt-03-dirt-trak-by-moritz-bree-dirk-oehlerking-kingston-custom-uffi-1 Akhir sekali tema warnanya telah disudahi dengan skim 'Block Speed' Yamaha klasik merah dan putih yang membuatkan ia nya kelihatan hebat. Mungkin ada yang ingin mengubahsuai motosikal MT07 atau MT09 mereka seperti ini. Jangan lupa kirimkan gambar kepada kami untuk dikongsi bersama!yamaha-mt-03-dirt-trak-by-moritz-bree-dirk-oehlerking-kingston-custom-uffi-5 yamaha-mt-03-dirt-trak-by-moritz-bree-dirk-oehlerking-kingston-custom-uffi-2 yamaha-mt-03-dirt-trak-by-moritz-bree-dirk-oehlerking-kingston-custom-dettaglio-sella-codone-3 yamaha-mt-03-dirt-trak-by-moritz-bree-dirk-oehlerking-kingston-custom-dettaglio-scarico-cerchio-6 1100 014-4799-motor-rausch