Corolla KE30 Tawau memang Wow!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Bermula dari sesi "tagging" di Facebook, Careta dipertemukan di alam maya oleh SV Lo, seorang jurugambar di Tawau. SV Lo adalah antara individu yang aktif dalam bidang fotografi automotif dan antara subjek-subjek beliau yang menambat perhatian kami ialah Toyota Corolla KE30 ini. Menurut SV Lo, ia dipunyai oleh rakannya, pemilik bengkel Monkey Exhaust Performance dan Corolla ini diubahsuai oleh syarikat Platinum Motorsport, Tawau. 15591140_596037080589033_6569822553674089562_o Berbekalkan badan yang diberi "make-over" ala Rocket Bunny, siap dengan roda aloi "old-skool" dan "over fender" yang lebar, nyata Corolla KE30 ini sangat sesuai untuk dijadikan pin-up poster majalah. Enjin 4A-GE dengan pengecas turbo dimasukkan dan proses itu dilakukan dengan sangat kemas. Lihat sahaja bagaimana hos-hos disusun rapi dan disorokkan agar nampak bersih, serta dip-stick kepala Batman yang comel. 15675863_596037130589028_567563281678702626_o   Bahagian dalam juga diperkemaskan, dengan tambahan meter-meter moden dan stereng kayu Nardi dari Itali. Nyata banyak tenaga, masa dan wang Ringgit dilaburkan di sini tetapi hasilnya mampu  membuatkan kita terpegun. Syabas orang Tawau dan terima kasih SV Lo. Kami akan melawat anda di sana nanti! 15590858_594401877419220_6059814632790235763_o [gallery columns="2" size="large" ids="22118,22121,22117,22115,22114,22119,22122,22116"]